Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Saturday, February 26, 2011

Islam Agama ku

Allah swt telah menetapkan hanya satu agama yang diterima-Nya iaitu agama Islam. Ramai orang bukan Islam berpendapat, menganuti sesuatu agama dapat memimpin mereka ke arah kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan selepas kematian. Meski pun mereka telah menganuti sesuatu agama tetapi mereka masih tercari-cari agama yang benar kerana agama yang dianutinya itu penuh dengan kesamaran sehingga menimbulkan kebingungan dan kekeliruaan.

Allah swt memecahkan kebingungan mereka ini melalui firman-Nya,

Al Quran, surah al Baqarah ayat 21, 

Wahai sekelian manusia !
Beribadatlah kamu kepada Tuhan yang telah menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya (menjadi orang-orang yang bertaqwa)


Thursday, February 24, 2011

Kursus Motivasi

Pada 26 Feb 2011, bermula jam 9.30 pagi hingga 4.60 petang bertempat di Kompleks YKS Tok Muar, YKSNS akan menganjurkan Kursus Motivasi tertutup khas untuk ahli keluarga YKS. Program Motivasi ini akan dikendalikan oleh Sarjan Rosli bin Ali, daripada PDRM Pulapoh, Air Hitam, Jempol. Beliau adalah sukarelawan YKSNS dan berpotensi dalam bidang kejurulatihan dan mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang kepimpinan remaja. 

Saya yakin dan percaya dengan izin Allah swt beliau mampu meniupkan dan membangkitkan daya tindak yang terpendam dalam sanubari setiap daripada kita dan menggilap potensi diri ke arah pencapaian kendiri yang cemerlang.

Insya Allah, dengan keberkatan dan doa kita mampu merubah selanjutnya menciptakan harapan dan mengilhamkan inspirasi...
Saturday, February 12, 2011

Sambutan Maulud Nabi saw 1432H

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menganjurkan Sambutan Maulud Nabi saw pada 19 Feb 2011 di antara waktu Maghrib - Isyak bertempat di Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program sambutan akan disertai oleh sukarelawan YKSNS, pelatih YKSNS dan para jemputan dan tetamu kehormat. Acara akan dimulakan dengan Selawat dan Berzanji diketuai oleh Imam II Masjid Yam Tuan Raden, Tuan Haji Mustafa dan kumpulannya. Selain daripada itu, sekumpulan 21 pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu akan turut mengambil bahagian dalam program sambutan tersebut. 

Majlis ini juga diserikan lagi dengan ceramah khas, persembahan multimedia dan jamuan makan malam. Program ini terbuka dan dijemput tuan/puan bersama-sama meraikan Hari bersejarah tersebut.

Program Mendekati Remaja 14 Feb

Brigred Sukarelawan Dakwah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Mendekati Remaja Ops D Kasih pada 14 hb Feb 2011 dengan aktiviti utama untuk mengedarkan makanan, minuman dan risalah Jauhi Zina terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan di bebarapa lokasi terpilih di sekitar Bandar Seremban. 

Mereka yang berminat untuk menyertai Program tersebut diminta berhubung dengan Urusetia Penganjuran:- 0129723848 untuk maklumat lanjut. 
Thursday, February 10, 2011


Keruntuhan Tembok Masjid Tok Muar


Panorama Senja Masjid Tok Muar,
Kuala Pilah, Negeri Sembilan


KEMAHIRAN KAUNSELING & KESUKARELAWAN

Assalamualaikum para sahabat semua……kami ada tawaran menarik untuk anda mempelajari teknik kemahiran kaunseling..ayuh sertai kami…!!!

Topik Sasaran Kami:-

1. Apakah keperluan dakwah bila bersemuka                               dengan Non Muslim ?
2. Tahukah anda bagaimana untuk mengendalikan kes-kes saudara baru ?
3. Adakah anda mempunyai pengalaman mengIslamkan Non Muslim ?
4. Apakah keperluan-keperluan saudara baru ?
5. Anda tahu mengendalikan sesi rundingan ?

Inginkah anda merasai pengalaman-pengalaman tersebut? Hubungi kami untuk pendaftaran Kursus Kemahiran Kaunseling dan Kesukarelawan YKSNS di talian 06-4810092/06-4810068 atau email ke yksnegerisembilan@gmail.com. Tempat Terhad dan terbuka hanya untuk 50 orang sahaja. Bayaran Penyertaan RM50.00.


Anjuran:-

Briged Sukarelawan Dakwah YKSNS

Wednesday, February 2, 2011

Pelajar Praktikal USIM

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah menerima 4 orang pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia untuk menjalani latihan praktikal dakwah dalam tempoh masa 4 bulan daripada 1 Januari 2011. Pengurusan YKSNS telah menempatkan 2 orang di One Stop Center YKSNS/MAINS di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban dan 2 orang di Asrama Kasih Sayang di Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

YKSNS sangat berbangga dengan komitmen dan kesungguhan mereka melibatkan diri dalam kesemua aktiviti dan program YKSNS dalam tempoh tersebut. Saya yakin dan percaya bahawa penyelia lapangan mereka akan bersetuju dengan kenyataan bahawa pelajar-pelajar ini bukan sahaja mempunyai ilmu dalam bidang kepimpinan dan pengurusan dakwah tetapi juga mempunyai semangat waja dan kental mengharungi perjuangan YKSNS dalam memantapkan akidah dan pengurusan kebajikan menuju kehidupan yang lestari.

Kualiti diri pelajar ini dapat menepis jangkaan awal bahawa kehadiran mereka hanya sekadar untuk memenuhi keperluan praktikal bagi melengkapkan pengajian mereka. Sekali gus saya berbangga  untuk merakamkan  penghargaan kepada USIM kerana dapat melahirkan graduan-graduan seumpama ini yana mana apabila mereka mengisi jentera perkhidmatan awam mahupun swasta dapat meniupkan dan menerbitkan kecemerlangan dan mutu perkhidmatan yang tinggi terutama dalam agensi  pelaksana agama.

Semoga Allah swt mengekalkan semangat waja dalam sanubari mereka terutama untuk mengharungi getir-getir perjalanan dakwah yang penuh dengan cabaran. Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat Allah swt. 
Tuesday, February 1, 2011

Aktiviti YKSNS Januari 2011

YKSNS Family Dinner
Rombongan Saudara Baru daripada Ranau, Sabah



Majlis Kesyukuran 
Untuk Muhammad Syukor Navin Abdullah
Program Ibadah Solat
Saudara Baru di Pusat Dakwah Islamiah 
anjuran OSC YKSNS/MAINS

Sambutan Hari Lahir Yang Pertama
Adik Najihah Syuhadah Abdullah

Lawatan Kerja 
Ustaz Nor Azamir bin Haji Alias, 
Timbalan Mufti Kerajaan Negeri, NS
Majlis Akad Nikah
Azlan Shah Abdullah
Nur Jamilah Jennifer Abdullah

Sambutan Maal Hijrah 1432

Menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah
Tokoh Kepimpinan Saudara Muslim 1432

Hari Keluarga YKSNS

Majlis Kesyukuran & Meraikan 
Saudara Baru yang memeluk Islam daripada Bulan Okt 2010-2011


Majlis Kesyukuran & Meraikan 
Saudara Baru yang memeluk Islam daripada Bulan Okt 2010-2011


Majlis Kesyukuran & Meraikan 
Saudara Baru yang memeluk Islam daripada Bulan Okt 2010-2011



Bersama Ustaz Zamri ( Radio Ikim ) Selepas
wawanacara Islam Agamaku

di Radio IKIM fm

Hari Ulangtahun YKSNS ke-8

Waktu berlalu, dalam tidak sedar usia YKSNS sudah mencapai 8 tahun pada 5 Feb 2011 daripada tarikh kelulusan rasminya. Dalam tempoh tersebut, YKSNS telah melibatkan diri secara aktif dalam usaha-usaha dakwah bersama-sama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan terutama dalam penjagaan kebajikan dan hal ehwal saudara muslim di Negeri Sembilan.

Di atas rasa prihatin terhadap keperluan, YKSNS telah menubuhkan Rumah Kasih Sayang untuk membantu menyediakan kemudahan tempat tinggal, makan minum dan peluang pelajaran asas kepada mereka yang memerlukan. Pada permulaannya, YKSNS menyewa sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Kuala Pilah, Negeri Sembilan untuk menempatkan pelatih wanita terutamanya kes-kes rujukan daripada Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. YKSNS juga telah menyewa sebuah rumah di Taman Wira Jaya, Kuala Pilah bagi memenuhi keperluan pelatih lelaki pula. Segala perbelanjaan pada waktu itu telah diperolehi menerusi Unit Rundingcara Akidah, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. 

Dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan, YKSNS juga telah diberikan kepercayaan untuk menguruskan Darul Ukhuwah di Taman Pinggiran Golf, Seremban bagi menempatkan saudara-saudara baru yang memerlukan bantuan perlindungan ataupun penginapan terutama mereka yang menganut agama Islam di Negeri Sembilan. Kebanyakan saudara baru ini dirujuk oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. 

Sukacita disenaraikan aktiviti-aktiviti YKSNS:-

  • Rumah Kasih Sayang di Kuala Pilah dan Seremban
  • Pusat Bimbingan Saudara Baru di Masjid Tok Muar Kuala Pilah
  • Menjejaki dan Memberi Perlindungan kepada anak-anak terbiar terutama melibatkan anak-anak saudara baru yang dibesarkan oleh keluarga bukan Islam
  • One Stop Centre YKS/Mains di Pusat Dakwah Islamiah
  • Membantu Usahawan Muslim dalam memasarkan produk
  • Menguruskan Kemasukan Islam
  • Majlis Doa Selamat Saudara Muslim
  • Khidmat Susulan 
  • Menguruskan Pindaan Nama Saudara Muslim
  • Membantu mendapatkan peluang pekerjaan
  • Khidmat Nasihat Agama
  • Bantuan Makanan Bulanan
  • Hal Ehwal Kesihatan dan Rawatan Perubatan
  • Menangani isu psikiatrik
  • Memudahcara bantuan JKM
  • Membantu menguruskan pendaftaran OKU
  • Menyelesaikan Kes Keciciran Pelajar Sekolah
  • Menguruskan mereka yang tidak mempunyai sijil lahir, kad pengenalan dan dokumen lain
  • Mengurus rumah kos rendah untuk mereka yang layak
  • Mendaftarkan mereka yang layak dalam E Kasih 
  • Penjagaan Ibu Hamil Tanpa Nikah
  • Penjagaan Wargaemas di kalangan saudara muslim
  • Penjagaan Ibu Tunggal
  • Memudahcara pergaduhan keluarga - anak,isteri suami 
  • Pemuliharaan akidah melibatkan kes murtad, menerima dan menyalurkan Laporan Murtad kepada agensi berkaitan
  • Menguruskan Kes Remaja Lari Rumah
  • Menguruskan jenazah tanpa waris
  • Mengusahakan bantuan perubatan, sara hidup dan persekolahan
  • Mengusahakan peluang belajar sama ada akademik, agama ataupun kemahiran untuk saudara muslim
  • Program Sambutan Hari Kebesaran Islam di Masjid Tok Muar
  • Program Pembangunan Modal Insan - Kem Motivasi, Kem Kecemerlangan Diri, Kem Sahabat Quran
  • Program Kami Dengar, Kami Taat ( Modul 40 Hari )
  • Program Hari Bersama Pemimpin dengan Pelatih Asrama
  • Perkampungan Syawal, Hari Raya Qurban
  • Program Mendekati Masyarakat Orang Asli
  • Program Ziarah dan Dakwah
  • Hari Keluarga YKSNS
  • Rombongan dan Lawatan Sambil Belajar ( 2 Hala )
  • Sambutan Maal Hijrah
  • Multaqa NGO
  • Dakwah Masyarakat Bakal Islam
  • Penganjuran Secara Bergerak Forum Bicara Islam
  • Kelas Jahitan 
  • Kelas Masakan
  • Gotong-royong
  • Menerima pelajar praktikal daripada IPT
  • Menerima khidmat masyarakat PLKN
Statistik Semasa

Statistik Penghuni YKSNS :  

Dewasa  
                                      
Lelaki                                            :     5
Perempuan                                   :     7
Jumlah                                         :    12 orang

Pelajar Sekolah

Lelaki: 3                                        :     3
Perempuan                                   :     4
Jumlah                                          :    7 orang

Staff

Lelaki                                             :    4
Perempuan                                    :    4
Jumlah                                           :    8 orang

Sukarelawan

Lelaki                                            :   2
Perempuan                                    :   3
Jumlah                                           :   5 orang


Bayi                                               :   3 orang

Jumlah Keseluruhan                      :  35 orang


Penghuni Keluarga                        : 1
                                                        6 orang

Tenaga Kerja

Jumlah Wargayks: 11 orang


Pejabat Urusan Kuala Pilah (4)

1. Puan Zarinah binti Abdul Kabor
2. Sdra Muhammad Syahzlan bin Abdullah
3. Sdra Mohammad Khabeer bin Meersaivu
4. Sdra. Azlan Shah bin Abdullah
5. Sdri Fatimah Binti Umar
6. Sdri. Suziah Binti Sulaiman


OSC (4)

1. Hajah Norizan binti Haji Zakaria  
2. Puan Rehan binti Kassim  
3. Sdra Mohd Alif Bin Muhammad
4. Sdri. Raihana Binti Sapuan

Darul Ukhuwah (1)

1. Sdri. Nor Hidayah Binti Ahmad

Asrama Kasih Sayang (2)

1. Muhammad Adnan bin Abdullah
2. Sdra Muhammad Aiman Danial bin Abdullah
3. Sdri Norhasidah Binti Ibrahim

Bangunan Masjid

Masjid Tok Muar
Pusat Bimbingan Saudara Kita (1 unit)

Bangunan Asrama

1. Darul Ukhuwah 2 Unit
2. Kompleks Masjid Tok Muar 2 Unit
3. Teratak Anjung ( Rumah Papan Kuarter Kerajaan ) 10 Unit

Kenderaan

1. Citra ( 1 )

Penjanaan Dana YKSNS

Jika ada individu atau korporat yang prihatin dan ingin membantu kami, haraplah dapat memberi sumbangan kepada Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan:-

Anda boleh membantu kami dalam beberapa keperluan seperti berikut:-

Bantuan Pengurusan Asrama Kasih Sayang NS
( Untuk kegunaan Makan Minum, Keperluan Sekolah, Utiliti, Aktiviti Masjid, Rawatan Perubatan dan kebajikan penghuni asrama )

Nama Akaun : Tok Muar Center
No. Akaun: 05030010174595
Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan Kuala Pilah

Bantuan Pembayaran Ansuran Bulanan Rumah Kasih Sayang 
( Pembayaran berjumlah RM2,054.00 sebulan kepada Public Bank Berhad )

Nama Akaun: Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan 
( Tabung Aset)
No. Akaun: 05030010135487
Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan Kuala Pilah


Bantuan Program Dakwah

Nama Akaun: Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
No. Akaun: 05021010019276
Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan Tampin

Kami boleh dihubungi:


Tel: 06-4810092/4810122
Faks: 06-4810576


Tel: 06-6781021 (OSC Seremban)


Email:- yksnegerisembilan@gmail.com
Presiden:- m_adnan@streamyx.com 


Followers