Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Sunday, March 27, 2011

Program Amal Kami Prihatin

Program Amal Kami Prihatin anjuran Pelajar Pengajian Luar Kampus Universiti Utara Malaysia akan diadakan pada 3 April 2011 bertempat di Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seramai 15 mahasiswa universiti berkenaan akan mengadakan aktiviti gotong royong mengecat dinding Kompleks Masjid Tok Muar selain daripada program beramah mesra dengan pelatih YKSNS. 

Objektif program ini ialah 

a) bagi memupuk dan menanam perasaan untuk sentiasa berkhidmat kepada masyarakat dan senantiasa membuat kebajikan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan;

b) memberi pendedahan kepada peserta projek bagaiman aktiviti kehidupan seharian pelatih YKSNS dan mengambil ikhtibar;

c) Menanam semangat erat hubungan silaturrahim pesrta dengan pelatih YKSNS;

d) Memberi motivasi dan nasihat kepada pelatih YKSNS tentang kepentingan pelajaran dan tingkah laku yang baik serta menggalakkan mereka menceburi aktiviti yang sihat;

Di antara aktiviti utama ialah mengecat dinding Kompleks Masjid Tok Muar secara bergotong royong. Sehubungan dengan itu, diharapkan sukarelawan dan individu yang ingin turut sama hadir membantu berjumpa  jam 9.00 pagi 3 April 2011. 
Sambutan Maulud Nabi saw Di Masjid Tok Muar 
Kuala Pilah, NS
Kursus Motivasi Pelatih Asrama YKSNS

Kursus Sukarelawan Brigred Al Ansar
Pelajar Ting 6 SMA Persekutuan Labu

Sambutan Hari Lahir Warga YKSNS

Majlis Ahli YKSNS dengan Hotel Naza Melaka
Tuesday, March 22, 2011

Al Fatehah...

Pengumuman

Semoga bercucuran rahmat dan keampunan Allah swt ke atas Allahyarham Abdullah Raja Gopal bin Abdullah, 65 tahun yang telah kembali ke rahmatullah. Jenazah Allahyarham akan disempurnakan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Menjadi tuntutan fardhu kifayah ke atas setiap orang Islam untuk menyempurnakan urusan akhir saudara kita ini. Semoga mereka yang berkesempatan akan bersama-sama.


Tarikh: 23 Mac 2011

YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
Waris: 012 227 5468


YKSNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sempat hadir bersama-sama sehingga selesai segalanya. Semoga Allah swt menghadirkan rasa kehambaan dan keimanan terutama kebijaksanaan manusia kerana senantiasa mengingat kematian.


Ada masa lawat-lawatlah tempat persemadian kita sebelum tiba waktunya kita dihantarkan ke sana !


Majlis Tahlil akan diadakan di Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Friday, March 11, 2011

Tabung Aset YKSNS

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah menubuhkan Tabung Aset YKSNS dengan tujuan untuk mendapatkan Dana bagi urusan pembelian rumah perlindungan dan membiayai gerakerja dan aktiviti berkaitan rumah perlindungan tersebut. 

Bersamalah kita merebut peluang yang disediakan oleh ALlah swt di atas keberkatan amal jariah dengan manfaat yang berpanjangan daripada Allah swt terutama dengan memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan. 

YKSNS adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam usaha untuk membela keperluan mereka yang memerlukan. Sehubungan dengan itu kami memerlukan peruntukan dana untuk memperbaiki keruntuhan tembok Masjid Tok Muar. 

Mereka yang berkesempatan dan ingin menghulur sumbangan ikhlas boleh berbuat demikian sama ada secara sumbangan wang tunai mahupun peralatan atau apapun yang difikirkan boleh dimanfaatkan.

AKAUN TABUNG ASET YKSNS


NAMA AKAUN
YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
BIMB K PILAH AC: 05030010135487


AKAUN PENGURUSAN KOMPLEKS MASJID TOK MUAR


NAMA AKAUN
TOK MUAR CENTER
BIMB K PILAH AC: 05030010174595


AKAUN AKTIVITI YKSNS


NAMA AKAUN
YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
BIMB TAMPIN AC: 05021010019276


YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN



Wednesday, March 9, 2011

KAMI DENGAR, KAMI TAAT SIRI 1/2011

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menganjurkan Program Kami Dengar, Kami Taat Siri 1/2011 pada 17 Mac hingga 19 Mac 2011 bertempat di Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program 3 hari 2 malam ini terbuka kepada mereka yang berusia di antara 13 tahun hingga 17 tahun. Program KDKT ini akan berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia supaya menjadi idaman dan ikutan para remaja selain mengisi kekosongan waktu cuti sekolah.

Selain daripada itu, KDKT juga akan menjadi Sukan Paint Ball War Game sebagai asas dalam pembentukan kerja berpasukan, semangat tolong menolong termasuk perasan dan kesediaan berkorban di kalangan remaja. Lebih daripada itu, latihan kepimpinan juga menjadi teras kepada program KDKT.

Para ibu bapa disyorkan supaya mengambil peluang ini untuk menghantar anak-anak mereka. Silalah daftar dengan menghubungi 06-4810092 atau 012 972 3848. Tiada yuran penyertaan cuma yuran komitmen RM10.00 dikenakan. Pelajar akan melalui sesi latihan asas kawad kaki, mengambil bahagian dalam War Game, LDK, Latihan Pidato dan Debat. Peserta juga akan diberikan Sijil Penyertaan dan Keahlian Kelab Paint Ball secara percuma. 

Tuesday, March 8, 2011

MALAM AMAL YKSNS 2011

YKSNS akan menganjurkan Malam Amal YKSNS 2011 sebagai media untuk mempromosikan peranan dan fungsi penubuhannya terutama dengan hasrat untuk meramaikan Sukarelawan yang mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara. 

Selain daripada mempromosikan gerakerja YKSNS termasuk Majlis Penghargaan kepada sumbangan bakti setiap pihak yang menjayakan usaha murni kegiatan dakwah di Negeri Sembilan, malam amal ini juga bertujuan untuk mencari dana bagi Tabung Aset YKSNS yang telah ditubuhkan untuk membiayai aktiviti dakwah YKSNS.

Individu yang berhasrat untuk membantu dipersilakan untuk mendaftar sebagai sukarelawan ataupun urusetia program tersebut. Tuan/Puan boleh menghubungi talian 06-4810092 untuk keterangan lanjut. Selain daripada itu, tuan/puan boleh emailkan pertanyaan ke yksnegerisembilan@gmail.com 
Thursday, March 3, 2011

Islam Agama Yang Suci Lagi Mulia tapi penganutnya belum tentu lagi !

Ajaran Islam adalah ajaran yang suci lagi mulia, menganjurkan segala kebaikan dunia dan akhirat. Islam sebagai satu-satunya agama yang diredhai dan diperakukan di sisi Allah swt menjadikan dasar tauhidnya untuk mengEsakan  Allah swt sebagai Tuan Punya Seluruh Isi dan Alam Semesta.

Manakala penganutnya tidak lebih daripada manusia biasa yang banyak dosa dan hina dina belaka. Sebagai manusia mereka tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan. Walaupun saban waktu kita bergelumang dengan dosa tetapi kembalilah ke pangkal jalan dan bertaubatlah sebelum terlambat. Perkemaskanlah diri untuk menerima balasan yang setimpal dengan kesalahan kita. Perkara yang sudah berlalu tetap berlalu dan tidak dapat diulangmurnikan lagi cuma buang yang keruh dan ambil yang jernih. 

Sesuatu kesalahan ada penebus dan balasannya yang setimpal. Kalau kita sudah direzekikan menghadapi situasi tersebut kita perlu dan bakal menghadapi kegetiran ujian ALlah swt. Sungguhpun pahit umpama hempedu tetapi kita terpaksa menelan jua takdir yang ditetapkan di atas kita. Namun kita tidak boleh berputus asa. Lebih cepat bala Allah swt menimpa umat manusia yang mudah berputus asa. 

Jatuh bangun adalah perkara biasa. Berapa kali jatuh tidak menjadi soal melainkan berapa kali kita mampu bangun semula untuk menyusun strategi menghadapi pahit maung kehidupan. Kita tidak perlu rasa malu untuk mengakui kelemahan dan kekurangan kita. Kita mesti menerima manusia seadanya.

Setiap kesalahan perlu menghadapi hukuman dan dendaan. Hukuman dan dendaan bukan bermakna kita tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan dan kasih sayang. Untuk mendapatkan hasil yang berbeza kita mesti menggunakan kaedah yang berbeza. Kalau kaedah memaafkan dan melupakan kesalahan-kesalahan dulu tidak berjaya maka kita mesti menukar kaedah tersebut. Dalam dunia pendidikan pengajaran dan pengukuhan kendiri mempunyai pelbagai cara dan metod. Salah satunya ialah yang melibatkan hukuman yang ditetapkan dalam Undang-undang sesebuah negara. Kita mesti menggunapakai kesemua perkara tersebut dalam memastikan misi kita untuk membentuk tingkah laku manusia mencapai kejayaan. Kita masih belum gagal tetapi percubaan kita untuk membentuk tingkah laku positif telah gagal. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Kita perlu bangkit untuk membuat kaji selidik dan post mortem punca dan sebab-sebab kegagalan seterusnya mengambil langkah pembetulan. 

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Mengakui kenyataan akan membuat kita lebih tenang menghadapi situasi kritikal malah memberi ruang kepada kebijaksanaan dan hikmah untuk mengambil tempat lebih daripada itu tidak memberi ruang kepada emosi menguasai keadaan. 

Di sana sini aktiviti yksns


1)Sambutan Ulangtahun ke 8 YKSNS 2) Ops D Kasih 3) Sambutan Maulid 4) Kursus Asas Kemahiran Kaunseling 5) Hari Keluarga YKSNS 6) Kursus Sukarelawan Brigred Al Ansar 7) Sumbangan Motor

  
Sumbangan Motor

Followers