Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Saturday, April 30, 2011

Seminar Akta Kanak-kanak 2001

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menganjurkan Seminar Akta Kanak-Kanak 2001 dalam bulan Mei 2011 dengan tujuan memberi kefahaman dan pendidikan kepada ibu bapa dan penjaga termasuk kepada organisasi yang terlibat dalam hal ehwal penjagaan kebajikan kanak-kanak. Pemahaman Akta ini akan memberi peluang yang  luas kepada semua pihak yang berkepentingan bahawa Hak Kanak-Kanak 2001 menurut Akta ini dipenuhi oleh setiap daripada kita. 

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mempelawa agensi atau organisasi yang sudi membantu menjayakan Seminar Sehari ini. Penyertaan adalah terbuka.
Thursday, April 28, 2011

Gotong Royong Mengecat dan Mengindahkan Bangunan Darul Ukhuwah

AF Ustaz Zainal bin Said, Pegawai Zakat Negeri Sembilan sedang merasmikan papan tanda Darul Ukhuwah, bangunan milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di Taman Pinggiran Golf dalam suatu upacara yang melibatkan aktiviti Titian Kasih Jabatan Parol Negeri Sembilan. Kelihatan Y Bhg Ustaz bersama-sama dengan Pengarah Parol Negeri Sembilan. Sekalung budi dan setinta rakaman ucapan terima kasih. 
Wednesday, April 27, 2011

Perjuangan Menuntut Pengorbanan

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Perjuangan menuntut pengorbanan diri, harta, masa dan perasaan. Amat mudah untuk membuat pengorbanan harta tetapi amat perit dan pahit apabila ianya melibatkan diri, masa dan perasaan. 

Apabila sesuatu keputusan dibuat setelah diberikan pertimbangan teliti tanpa melibatkan perasaan lalu dimulakan tindakan selepas itu tiada lagi toleh ke belakang. Soalnya bukan menang kalah tetapi adalah benar ataupun palsu

Menunaikan hak tanpa menuntut hak adalah sifat terpuji umat Islam. Pengorbanan hak demi janji Allah swt adalah impian setiap umat Islam. Kita sedia faham bahawa bukan sahaja niat kena betul tetapi prosesnya juga kena betul. 

Adil bukan sama rata tetapi menunaikan hak. Setiap orang berhak untuk dilayan sesuai dengan taraf, kedudukan dan aras pemikirannya. Manusia sama rata di sisi Allah swt melainkan dengan taqwanya bukan kerana pandai menyusun tutur bicara semata-mata. Kita sangat mengharapkan hak kita ditunaikan tanpa mengendahkan hak orang lain. 

Tidak semua yang ke berulang alik pagi dan petang ke masjid itu ahli  syurga dan tidak pula mereka yang berkunjung ke pasar-pasar lara itu ahli neraka. Kata putus adalah di sisi Allah swt. 

Setiap tutur kata dan butir-butir isi dan kata ada tuntutannya. Adakah kita menyangka bahawa kita akan dibiarkan begitu sahaja selepas mengaku beriman. Pasti-pasti setiap daripada kita akan melalui ujian untuk menentukan makam iman kita. 

Kita perlu selesaikan semua masalah kita di muka bumi dan sebelum nyawa kita tamat kelak kita akan malu di depan Allah swt apabila orang lain membentangkan amalan mereka dalam memperjuangkan dan memperkasakan agama Allah di muka bumi kita pula sibuk membicarakan soal makan minum dan pakai dan patut. Masalah kita dengan Allah swt mungkin ada penyelesaiannya dengan taubat tetapi masalah kita dengan manusia perlu diselesaikan dengan manusia juga.

Dalam kita membuat sesuatu jangan terhambur perkataan kerana lidah tidak bertulang, payah nak kutip semula setiap patah perkataan sesudah diucapkan.
Monday, April 18, 2011

Lawatan Kerja Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah Ke YKSNS

Seramai 30 orang petugas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah akan mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Masjid Tok Muar pada 20 April 2011 jam 2.30 petang. Aturacara Program adalah seperti berikut:-



ATURCARA SAMBUTAN


2.30 pm                   :               Kesampaian Tetamu
                                :               Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

                                :               Bacaan Doa
            Oleh:
            Sdra Muhammad Aiman Danial

                                :               Persembahan Multimedia
                                                Pengenalan YKSNS
                                                Oleh:
                                                Sdra Muhammad Syahzlan  Abdullah

                                :               Taklimat Oleh:
                                                Y Bhg Hajah Norizan  Haji Zakaria
                                                Timbalan Presiden
                                                Yayasan Kasih Sayang N Sembilan

                                :               Soal Jawab

                                :               Ucapan Ketua Delegasi
                                :               Ucapan Presiden
                                                Yayasan Kasih Sayang N Sembilan

                                :               Penyampaian Cendera Hati
                                :               Jamuan Ringan
                                :               Sesi Bergambar Kenangan
                                :               Salam Perpisahan

                                                
Sunday, April 17, 2011

Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan dan Sijil Lahir

Baru-baru ini, YKSNS menyertai rombongan lawatan kerja YB SS Dato Mufti Kerajaan NS ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk berbincang mengenai isu-isu pendaftaran lewat sijil lahir dan kad pengenalan. Memandangkan terdapat terlalu banyak isu melibatkan pendaftaran lewat maka YKSNS telah mengambil daya usaha untuk menggerakkan pendaftaran lewat tersebut. 

Mereka yang mempunyai maklumat ataupun memerlukan bantuan untuk menggerakkan pendaftaran lewat sama ada pendaftaran lewat sijil lahir ataupun pendaftaran lewat kad pengenalan diminta menghubungi YKSNS untuk mendapatkan khidmat sokongan bagi membolehkan pendaftaran tersebut dapat dilakukan. 
Saturday, April 16, 2011
20.04.2011
Lawatan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Kompleks Tok Muar, dijangka seramai 30 wakil Pejabat Kesihatan akan mengadakan Lawatan Kerja di Kompleks Masjid Tok Muar. Mereka akan diberikan taklimat oleh Pengurusan YKSNS

26.04.2011
Program Bicara Wanita akan diadakan di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dijangka seramai 200 peserta akan mengambil bahagian dalam program tersebut yang bermula jam 8.30 pagi. Program Bicara Wanita adalah anjuran bersama YKSNS dan Pejabat Agama Islam Daerah, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

30.04.2011

Multaqa NGO Negeri Sembilan akan diadakan di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sebanyak 2 kertas kerja akan dibentangkan pada program berkenaan. Program anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dijangka akan dihadiri oleh semua ngo yang bergerak di Negeri Sembilan. 

Followers