Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Saturday, July 27, 2013

SAMBUTAN AMBANG SYAWAL

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, seperti setiap tahun akan mengadakan Sambutan D'Ambang Syawal pada malam raya dengan beberapa aktiviti untuk meraikan anak-anak yksns dan saudara baru yang saban tahun sudi berhari raya bersama-sama kami. 

Acara bermula pada petang sebelum malam Hari Raya, berbuka puasa, bertakbir dan seterusnya bersolat Hari Raya pada keesokan harinya. Hadiran akan dijamu dengan jamuan Hari Raya.

Pada tahun ini, YKSNS mendapat jemputan rumah terbuka di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Insya Allah, kami akan bergerak ke lokasi jemputan selepas waktu zohor. 

Mereka yang ingin mengubah selera untuk berhari raya bersama-sama kami dijemput. Hubungi kami pada talian 06-4810068 / 4810092 atau emailkan ke yksns2013@gmail.com untuk maklumat lanjut.

YKSNS mengucapkan Selamat Beribadah dalam Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Syawal. Marilah kita bermaaf-maafan pada bulan yang mulia ini. 

ISU BANTUAN MUALLAF



Beberapa hari kebelakangan ini, akhbar harian menyiarkan isu-isu kepayahan hidup golongan kurang bernasib baik terutama di Negeri Sembilan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada media di atas pendekatan prihatin untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab umat Islam seluruhnya bagi membela nasib golongan tertentu terutama dalam kategori asnaf. 

Pendekatan media ini mendapat respon masyarakat melalui penyiaran beberapa kritikan positif supaya semua pihak bersikap bukan sahaja prihatin tetapi lebih proaktif bagi menangani isu berkenaan. 

Ahli Gabungan berasa bertanggungjawab dan terkesan dengan komen-komen berkenaan, selanjutnya menyeru keseluruhan ahli Gabungan menyahut seruan masyarakat supaya lebih proaktif dalam menghadapi isu kebajikan saudara baru di Negeri Sembilan. 

Untuk tujuan pencerahan, sukacita dimaklumkan bahawa kebanyakan ahli kita mempunyai gerakerja dakwah bagi mendekati golongan kurang bernasib baik ini, terutama dalam bulan puasa dengan aktiviti berbuka puasa, mendekati mereka untuk penyampaian bantuan kewangan atau barangan, menziarahi pesakit hospital, pusat-pusat jagaan harian dan sebagainya. Kebanyakan program tersebut menggunakan dana zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Ada juga NGO yang bergerak menggunakan kewangan sendiri malahan terdapat juga individu yang menyampaikan bantuan secara peribadi mengikut kemampuan mereka. 

Dalam pada kita begitu bersungguh-sungguh menjejak golongan ini, rupanya masih terdapat juga yang 'terlepas' daripada pandangan kita, menunjukkan kita masih tidak cukup serius bagi menangani isu ini. 

Marilah kita mengakui kelemahan kita sebagai hamba ALlah yang lemah, selanjutnya memohon petunjuk Allah supaya mencampakkan sifat ihsan dan kesungguhan dalam menjiwai kerja dakwah ini terutama bagi mendekati golongan yang memerlukan. 

Sayugia diingatkan bahawa tugas ini adalah tanggungjawab seluruh umat Islam tidak kira apa institusi yang mereka wakili. Menuding jari tidak menyelesaikan masalah. Jika kita terjumpa dengan golongan ini, gerakkan mereka ke saluran yang betul dan tepat supaya masalah mereka dapat diselesaikan. 

Semua kita perlu rasa bersalah kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam tanpa membabitkan sesiapa. Jika kita mempunyai pendekatan seperti itu, kita akan menjadi NGO yang berdaya saing dan mendapat kasih sayang Allah SWT

Followers