Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Wednesday, May 13, 2020
Friday, December 28, 2018

Ahli Patron YKSNS 2019

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan adalah sebuah NGO berdaftar dan mempunyai Pusat Jagaan Berkediaman (PJB YKSNS) di No. 1, 2 dan 3 Taman Cemerlang, 72000 Kuala Pilah Negeri Sembilan. PJ YKSNS ini telah beroperasi semenjak tahun 2006 dengan menyediakan kemudahan Penginapan kepada kanak kanak yang memerlukan perlindungan disebabkan faktor faktor tertentu yang meletakkan mereka dalam kategori asnaf. 

Sehubungan untuk menampung keperluan untuk menampung perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran PJ YKSNS ini kami mempelawa individu yang berminat untuk menginfakkan RM10 sebulan secara konsisten selama 12 bulan yang berjumlah RM120.00 sebagai komitmen sedekah jariah kita kepada YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN. 

MAKLUMAT KEWANGAN YKSNS

Bank Islam Malaysia Berhad
050 210 1001 9276

Bank Simpanan Nasional
0510041000178400

Bank Muamalat Malaysia Berhad
05010004012712

Maybank Bhd
555023053553

BILLER CODE: 49635

Y Bhg Dato Tuan Puan boleh menginfaqkan serendah RM10.00 sebulan atau sekali gus RM120.00 setahun dan emailkan Resit Pembayaran kepada yksnegerisembilan@gmail.com atau watsup ke 0132723079.

Segala infaq dan sumbangan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, January 1, 2018

PAINT BALL JUNGLE PARK

Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Permainan Paint Ball boleh menghubungi 06-4800068 untuk tempahan. Tapak permainan kami adalah di Jalan Bukit, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Friday, March 3, 2017

BULAN ZIARAH YKSNS 2017

Telah berusia 14 tahun semenjak penubuhannya pada tahun 2003, YKSNS telah bergiat dalam arena membela kebajikan mereka yang memerlukan. YKSNS memiliki Rumah Perlindungan yang telah beroperasi semenjak 2006 di No. 1 Taman Cemerlang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Ditubuhkan dengan visinya Ke Arah Perkhidmatan Perlindungan, Pendidikan dan Asuhan Berkesan. Misinya pula ialah untuk Melindung, Mendidik dan Membimbing. 

Tujuan penubuhannya adalah untuk 

a) menyediakan tempat perlindungan kepada mualaf, anak-anak mualaf, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan sehingga permasalahan mereka dapat diselesaikan atau disalurkan ke agensi-agensi atau institusi yang berkaitan; 

b) Memaksimumkan keupayaan mental, fizikal dan spiritual;

c) Mengusahkan sumber pendapatan sesuai dengan kebolehan, ketrampilan dan kelayakan diri;

d) Membantu masyarakat yang memerlukan pembelaan

JEMPUTAN

Adalah dengan hormatnya kami ingin menjemput Y Bhg Dato/Tuan/Tuan sudilah kiranya hadir menziarahi kami terutama sebagai tanda sokongan terhadap kerja-kerja kebajikan yang dilakukan sekali gus berkongsi buah fikiran, tenaga dan kewangan dalam sama-sama membiayai usaha membantu golongan yang memerlukan keprihatinan kita. 


Andaikata berminat, sila hubungi 06-4810092 atau 013272 3079 untuk maklumat lanjut dan temujanji.

PENGURUSAN
Sunday, January 12, 2014

BUAT PERSIAPAN UNTUK MENEMUI KEMATIAN

Berusaha gigih untuk hidup menyebabkan matlamat menghalalkan cara. Kita menangguhkan pemurnian akhlak kehidupan kerana kita bercita-cita untuk mencari bekalan untuk kehidupan di muka bumi ini. Kelekaan kita terhadap perhiasan dunia menyebabkan kita terbuai dalam kelalaian. 

Lalai menghadapi matlamat dan hakikat kehidupan. Hidup ini adalah untuk mencari bekalan untuk kematian. Hidup ini bukan untuk menimbun harta untuk kehidupan. Kerisauan hidup hari tua lebih dirasai daripada hidup dalam alam kubur. 

Sanggup berkorban apa sahaja, sanggup bersekang mata, sanggup berbelanja habis-habis, sanggup membuat tabungan dengan mengikat perut hatta untuk merasai kehidupan sementara di muka bumi. Tapi untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi tiada peruntukan masa. 
Saturday, July 27, 2013

SAMBUTAN AMBANG SYAWAL

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, seperti setiap tahun akan mengadakan Sambutan D'Ambang Syawal pada malam raya dengan beberapa aktiviti untuk meraikan anak-anak yksns dan saudara baru yang saban tahun sudi berhari raya bersama-sama kami. 

Acara bermula pada petang sebelum malam Hari Raya, berbuka puasa, bertakbir dan seterusnya bersolat Hari Raya pada keesokan harinya. Hadiran akan dijamu dengan jamuan Hari Raya.

Pada tahun ini, YKSNS mendapat jemputan rumah terbuka di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Insya Allah, kami akan bergerak ke lokasi jemputan selepas waktu zohor. 

Mereka yang ingin mengubah selera untuk berhari raya bersama-sama kami dijemput. Hubungi kami pada talian 06-4810068 / 4810092 atau emailkan ke yksns2013@gmail.com untuk maklumat lanjut.

YKSNS mengucapkan Selamat Beribadah dalam Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Syawal. Marilah kita bermaaf-maafan pada bulan yang mulia ini. 

ISU BANTUAN MUALLAF



Beberapa hari kebelakangan ini, akhbar harian menyiarkan isu-isu kepayahan hidup golongan kurang bernasib baik terutama di Negeri Sembilan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada media di atas pendekatan prihatin untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab umat Islam seluruhnya bagi membela nasib golongan tertentu terutama dalam kategori asnaf. 

Pendekatan media ini mendapat respon masyarakat melalui penyiaran beberapa kritikan positif supaya semua pihak bersikap bukan sahaja prihatin tetapi lebih proaktif bagi menangani isu berkenaan. 

Ahli Gabungan berasa bertanggungjawab dan terkesan dengan komen-komen berkenaan, selanjutnya menyeru keseluruhan ahli Gabungan menyahut seruan masyarakat supaya lebih proaktif dalam menghadapi isu kebajikan saudara baru di Negeri Sembilan. 

Untuk tujuan pencerahan, sukacita dimaklumkan bahawa kebanyakan ahli kita mempunyai gerakerja dakwah bagi mendekati golongan kurang bernasib baik ini, terutama dalam bulan puasa dengan aktiviti berbuka puasa, mendekati mereka untuk penyampaian bantuan kewangan atau barangan, menziarahi pesakit hospital, pusat-pusat jagaan harian dan sebagainya. Kebanyakan program tersebut menggunakan dana zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Ada juga NGO yang bergerak menggunakan kewangan sendiri malahan terdapat juga individu yang menyampaikan bantuan secara peribadi mengikut kemampuan mereka. 

Dalam pada kita begitu bersungguh-sungguh menjejak golongan ini, rupanya masih terdapat juga yang 'terlepas' daripada pandangan kita, menunjukkan kita masih tidak cukup serius bagi menangani isu ini. 

Marilah kita mengakui kelemahan kita sebagai hamba ALlah yang lemah, selanjutnya memohon petunjuk Allah supaya mencampakkan sifat ihsan dan kesungguhan dalam menjiwai kerja dakwah ini terutama bagi mendekati golongan yang memerlukan. 

Sayugia diingatkan bahawa tugas ini adalah tanggungjawab seluruh umat Islam tidak kira apa institusi yang mereka wakili. Menuding jari tidak menyelesaikan masalah. Jika kita terjumpa dengan golongan ini, gerakkan mereka ke saluran yang betul dan tepat supaya masalah mereka dapat diselesaikan. 

Semua kita perlu rasa bersalah kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam tanpa membabitkan sesiapa. Jika kita mempunyai pendekatan seperti itu, kita akan menjadi NGO yang berdaya saing dan mendapat kasih sayang Allah SWT

Followers