Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Friday, March 3, 2017

BULAN ZIARAH YKSNS 2017

Telah berusia 14 tahun semenjak penubuhannya pada tahun 2003, YKSNS telah bergiat dalam arena membela kebajikan mereka yang memerlukan. YKSNS memiliki Rumah Perlindungan yang telah beroperasi semenjak 2006 di No. 1 Taman Cemerlang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

Ditubuhkan dengan visinya Ke Arah Perkhidmatan Perlindungan, Pendidikan dan Asuhan Berkesan. Misinya pula ialah untuk Melindung, Mendidik dan Membimbing. 

Tujuan penubuhannya adalah untuk 

a) menyediakan tempat perlindungan kepada mualaf, anak-anak mualaf, anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan bantuan sehingga permasalahan mereka dapat diselesaikan atau disalurkan ke agensi-agensi atau institusi yang berkaitan; 

b) Memaksimumkan keupayaan mental, fizikal dan spiritual;

c) Mengusahkan sumber pendapatan sesuai dengan kebolehan, ketrampilan dan kelayakan diri;

d) Membantu masyarakat yang memerlukan pembelaan

JEMPUTAN

Adalah dengan hormatnya kami ingin menjemput Y Bhg Dato/Tuan/Tuan sudilah kiranya hadir menziarahi kami terutama sebagai tanda sokongan terhadap kerja-kerja kebajikan yang dilakukan sekali gus berkongsi buah fikiran, tenaga dan kewangan dalam sama-sama membiayai usaha membantu golongan yang memerlukan keprihatinan kita. 


Andaikata berminat, sila hubungi 06-4810092 atau 013272 3079 untuk maklumat lanjut dan temujanji.

PENGURUSAN
Sunday, January 12, 2014

BUAT PERSIAPAN UNTUK MENEMUI KEMATIAN

Berusaha gigih untuk hidup menyebabkan matlamat menghalalkan cara. Kita menangguhkan pemurnian akhlak kehidupan kerana kita bercita-cita untuk mencari bekalan untuk kehidupan di muka bumi ini. Kelekaan kita terhadap perhiasan dunia menyebabkan kita terbuai dalam kelalaian. 

Lalai menghadapi matlamat dan hakikat kehidupan. Hidup ini adalah untuk mencari bekalan untuk kematian. Hidup ini bukan untuk menimbun harta untuk kehidupan. Kerisauan hidup hari tua lebih dirasai daripada hidup dalam alam kubur. 

Sanggup berkorban apa sahaja, sanggup bersekang mata, sanggup berbelanja habis-habis, sanggup membuat tabungan dengan mengikat perut hatta untuk merasai kehidupan sementara di muka bumi. Tapi untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi tiada peruntukan masa. 
Saturday, July 27, 2013

SAMBUTAN AMBANG SYAWAL

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, seperti setiap tahun akan mengadakan Sambutan D'Ambang Syawal pada malam raya dengan beberapa aktiviti untuk meraikan anak-anak yksns dan saudara baru yang saban tahun sudi berhari raya bersama-sama kami. 

Acara bermula pada petang sebelum malam Hari Raya, berbuka puasa, bertakbir dan seterusnya bersolat Hari Raya pada keesokan harinya. Hadiran akan dijamu dengan jamuan Hari Raya.

Pada tahun ini, YKSNS mendapat jemputan rumah terbuka di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Insya Allah, kami akan bergerak ke lokasi jemputan selepas waktu zohor. 

Mereka yang ingin mengubah selera untuk berhari raya bersama-sama kami dijemput. Hubungi kami pada talian 06-4810068 / 4810092 atau emailkan ke yksns2013@gmail.com untuk maklumat lanjut.

YKSNS mengucapkan Selamat Beribadah dalam Bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Syawal. Marilah kita bermaaf-maafan pada bulan yang mulia ini. 

ISU BANTUAN MUALLAF



Beberapa hari kebelakangan ini, akhbar harian menyiarkan isu-isu kepayahan hidup golongan kurang bernasib baik terutama di Negeri Sembilan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada media di atas pendekatan prihatin untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab umat Islam seluruhnya bagi membela nasib golongan tertentu terutama dalam kategori asnaf. 

Pendekatan media ini mendapat respon masyarakat melalui penyiaran beberapa kritikan positif supaya semua pihak bersikap bukan sahaja prihatin tetapi lebih proaktif bagi menangani isu berkenaan. 

Ahli Gabungan berasa bertanggungjawab dan terkesan dengan komen-komen berkenaan, selanjutnya menyeru keseluruhan ahli Gabungan menyahut seruan masyarakat supaya lebih proaktif dalam menghadapi isu kebajikan saudara baru di Negeri Sembilan. 

Untuk tujuan pencerahan, sukacita dimaklumkan bahawa kebanyakan ahli kita mempunyai gerakerja dakwah bagi mendekati golongan kurang bernasib baik ini, terutama dalam bulan puasa dengan aktiviti berbuka puasa, mendekati mereka untuk penyampaian bantuan kewangan atau barangan, menziarahi pesakit hospital, pusat-pusat jagaan harian dan sebagainya. Kebanyakan program tersebut menggunakan dana zakat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Ada juga NGO yang bergerak menggunakan kewangan sendiri malahan terdapat juga individu yang menyampaikan bantuan secara peribadi mengikut kemampuan mereka. 

Dalam pada kita begitu bersungguh-sungguh menjejak golongan ini, rupanya masih terdapat juga yang 'terlepas' daripada pandangan kita, menunjukkan kita masih tidak cukup serius bagi menangani isu ini. 

Marilah kita mengakui kelemahan kita sebagai hamba ALlah yang lemah, selanjutnya memohon petunjuk Allah supaya mencampakkan sifat ihsan dan kesungguhan dalam menjiwai kerja dakwah ini terutama bagi mendekati golongan yang memerlukan. 

Sayugia diingatkan bahawa tugas ini adalah tanggungjawab seluruh umat Islam tidak kira apa institusi yang mereka wakili. Menuding jari tidak menyelesaikan masalah. Jika kita terjumpa dengan golongan ini, gerakkan mereka ke saluran yang betul dan tepat supaya masalah mereka dapat diselesaikan. 

Semua kita perlu rasa bersalah kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam tanpa membabitkan sesiapa. Jika kita mempunyai pendekatan seperti itu, kita akan menjadi NGO yang berdaya saing dan mendapat kasih sayang Allah SWT
Saturday, March 16, 2013

AHLI PATRON YKSNS 2013

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dengan ini membuka peluang kepada individu yang berminat untuk memberi sumbangan bulanan kepada kami terutama bagi membiayai pengurusan dan pentadbiran Rumah Perlindungan. 

Mereka yang berminat boleh memberi sumbangan bulanan berjumlah RM10.00 minimum atau tahunan berjumlah RM120.00 menerusi bank in atau transfer akaun ke BIMB 05021010019276 dan emailkan maklumat tuan/puan ke yksns2013@gmail.com.
Monday, January 7, 2013

Sambutan Maulud Nabi saw

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan menyambut Maulud Nabi saw pada 24 Jan 2013 bertempat di Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dijemput datang beramai-ramai. Sambutan bermula dengan Selawat atas Nabi saw dan Slot Ceramah Khas yang bakal disampaikan oleh Ustaz Hanif. 

Hadirin akan menjamu selera dengan hidangan yang akan disediakan selepas solat Isyak. 
Saturday, October 20, 2012

Hari Raya Qurban

Solat Hari Raya Qurban akan berlangsung pada 8.30 pagi pada 26 Okt 2012. Jamuan Hari Raya Qurban bagi meraikan kenalan YKSNS akan diadakan pada jam 3.30 petang selepas Solat Jumaat pada hari yang sama. Dijemput kenalan dan sahabat handai bersama-sama meraikan majlis tersebut.

Sembihan Ibadan Qurban akan diadakan pada 28 Okt 2012 bertempat di pekarangan Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Dijemput menyertai kami. 

Pengurusan

Followers