Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Wednesday, September 29, 2010

Kadet Sukarelawan Dakwah

Kadet Sukarelawan Dakwah akan diwujudkan untuk membantu kerja-kerja dakwah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan. Beberapa kategori akan diwujudkan bagi membuka peluang kepada orang ramai ataupun individu yang berminat untuk mencurah tenaga bakti mereka melalui gerakerja sukarela.

Gerakerja Sukarela yang dimaksudkan ialah aktiviti rakan kerja sukarela dengan beberapa institusi yang memerlukan khidmat bakti daripada tenaga sukarelawan. Di antara institusi yang memerlukan sumbangan bakti ialah Pengurusan Saudara Baru, Gerakerja Dakwah Untuk Masyarakat Belum Islam, Hospital, Rumah-rumah kebajikan dan perlindungan sama ada yang dimiliki oleh kerajaan mahupun swasta.

Kadet Sukarelawan Dakwah akan dibekalkan dengan latihan-latihan kemahiran, pertolongan cemas, mencegah kebakaran, latihan kawad kaki, kemahiran pengurusan jenazah, latihan komunikasi walkie talkie, kerja-kerja berunsur kebudayaan seperti nasyid, marhaban, berzanji, kumpulan kompang dan sebagainya.

Untuk permulaan ini, kita akan mempromosikan Penubuhan Pasukan Kadet Sukarelawan Dakwah bagi beberapa kategori. Di antara kategorinya ialah Kategori Kadet Sukarelawan Dakwah (KSD) Sepenuh Masa, KDS ( Separa Masa ) dan KDS ( Sahabat ).

Bagi mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam KDS diharapkan dapat menghantar Maklumat Peribadi seperti Nama, alamat dan no telefon ke email yksnegerisembilan@gmail.com
Tuesday, September 28, 2010

Majlis Menandatangani Perjanjian Pembelian Rumah YKSNS

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah berjaya membuat pembelian Rumah untuk dijadikan Pejabat dan Asrama YKSNS di No. 1 Taman Cemerlang, Jalan Templer, Pekan Lama Pilah, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Majlis Perjanjian Pinjaman Perumahan akan diadakan pada 29 Sept 2010 jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Peguam yang menjalankan urusan tersebut. Sokongan semua pihak dalam memastikan kejayaan pembelian rumah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Saturday, September 25, 2010

Kesinambungan Perjuangan

Baru-baru ini saya terjumpa seorang sahabat lama saya di UKM. Sepanjang saya mengenali sahabat saya ini, beliau adalah seorang yang berkaliber, berpandangan jauh, berpemikiran membina, kreatif, berani kerana agama. Dengan kehendak Allah swt semata-mata beliau kini menyambung pengajian di UKM. Tokoh kontroversi ini mempunyai idea-idea dalam bidang dakwah dan selalu memberi 'cabaran' melalui cetusan ideanya. Kebanyakan perkara yang saya cuba lakukan di YKSNS adalah juga sebahagian daripada idea beliau. Semoga keberkatan Allah swt berada ke atas beliau dan semoga Allah swt memberikan kekuatan dan redha ALlah dalam tempoh beliau dikurantin untuk ditarbiyah bagi menghadapi tugas dan peranan yang lebih besar dalam rencana Allah swt.

Kenangan Dari Mesir

Saudara Muhammad Adam Chang bin Ahmad Chang
Thursday, September 23, 2010

Pengumuman

Bahawa berkuatkuasa 16 September 2010, Sdra Muhammad Syahzlan bin Abdullah dilantik menjadi Pemangku Setiausaha Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan menggantikan Puan Ajurah binti Ishak yang telah meletakkan jawatan mulai tarikh yang sama.

Sehubungan dengan itu, segala urusan berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan hendaklah menghubungi Puan Hajah Norizan binti Haji Zakaria yang menggantikan tugas-tugas yang dilakukan oleh Puan Ajurah binti Ishak selama ini.

Jawatankuasa YKSNS mengucapkan terima kasih dan mendoakan kebahagiaan kepada Puan Ajurah Ishak di atas segala pengorbanan beliau sejak awal penubuhan YKSNS.


MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH
Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

Rumah Terbuka YKSNS 2010

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Puasa kepada Umat Islam seluruhnya dan terutamanya kepada saudara-saudara kita. Semoga lembaran syawal membawa keberkatan dalam amal ibadat harian kita.

YKSNS akan menganjurkan Rumah Terbuak YKSNS 2010 pada 26 Sept 2010 (Ahad) di antara jam 10.00 pagi hingga 05.00 petang bertempat di Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. YKSNS berbesar hati untuk menjemput dan mempersilakan Y Bhg Dato/Tuan/Puan ke Rumah Terbuka YKSNS dan mengambil kesempatan untuk beraya bersama-sama dengan saudara baru dan penghuni YKSNS.

Kehadiran Y Bhg Dato/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH
Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

Followers