Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Thursday, October 28, 2010

Memeluk Agama Islam

Masyarakat Bakal Islam yang berminat untuk mengenali agama Islam boleh berbuat demikian dengan terlebih dahulu mendapat info yang jelas dan faham akan intipati ajaran Islam sepenuhnya. Dengan berbuat demikian kita lebih bersedia untuk mempersiapkan diri sebagai individu bakal Islam yang cemerlang.

Masyarakat harus memahami bahawa untuk memeluk agama Islam, tiada paksaan. Penjelasannya bahawa untuk menerima Islam sebagai agama anutan dan kepercayaan seseorang tidak boleh dipaksa. Penerimaan adalah secara sukarela dan dengan hati yang terbuka. Selanjutnya apabila seseorang yang mukalaf itu bersetuju untuk menerima ajaran Islam maka bermulalah perundangan Islam ke atas dirinya.

Bukanlah maknanya, seseorang itu bebas melakukan apa sahaja atas dasar tiada paksaan dalam agama. Sungguhpun kebebasan agama yang diperakukan adalah bersyarat ke atas mereka yang telah menerima ajaran Islam.

Untuk lebih adil dan saksama selanjutnya menghormati hak seseorang dalam beragama, wajarlah kita bersifat lebih terbuka untuk memberi kefahaman yang jelas dan mantap kepada setiap orang yang memilih untuk bersyahadah.

Lafaz Terjemahan Syahadah

Aku Naik Saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku Naik Saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Islam didasarkan atas beberapa Rukun. Bermula dengan mengucap kalimah syahadah, selanjutnya mengamalkan Solat 5 Waktu, belajar berpuasa dalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika ada kemampuan.

Amalan hati diperkukuhkan dengan Rukun Iman. Seseorang itu hendaklah Percaya Kepada Allah swt, Percaya kepada Malaikat, Percaya Kepada Kitab, Percaya kepada Nabi dan Rasul, Percaya kepada Hari Kiamat dan Percaya kepada Qada dan Qadar.

Hanya Islam agama yang diperakui oleh Allah swt, diperturunkan wahyu melalui malaikat yang membawa kitab-kitab Allah kepada Nabi dan Rasul supaya yakin akan hal-hal ghaib; adanya kiamat dan tunduk patuh kepada ketentuan Allah swt secara mutlak.

Yakin hanya Allah swt Tuhan Tuan Punya Sekelian Alam,
Yakin adanya Malaikat,
Yakin akan kebenaran Kitab,
Yakin pada amanahnya Nabi dan Rasul
Yakin pada kiamat
Yakin pada ketentuan Qada dan Qadar

Andai kata ada yang berminat untuk mendalami kefahaman Islam, sila lah berhubung dengan kami


012 393 4840
Muhammad Adnan Abdullah
Saturday, October 23, 2010

Program Kembara Amal 2010

Kembara AMAL
KURSUS MOTIVASI DAN PENGHAYATAN ISLAM

Anjuran bersama
YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
&
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

3 hari dari 30 oktober HINGGA 1 NOVEMBER 2010 (SABTU-ISNIN)
SURAU AR RAHMAN
TAMAN SEMENYIH INDAH
SEMENYIH, SELANGOR


TUJUAN:
1)      Membina disiplin dan pembangunan diri dalam usaha untuk mendekatkan saudara baru dengan konsep ilmu dan amal yang berkesan.
2)      Memberi latihan dan kemahiran hands–on untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka menghadapi kehidupan dengan cara dan tertib agama yang sebenar.
3)     Memberi peluang dengan memberi galakan dan peluang   berinteraksi dengan masyarakat yang akan ditemui dan seterusnya memupuk semangat kerakanan dan kesetiakawanan yang jitu.


TENTATIF PROGRAM:
Hari Pertama: 30 Oktober 2010
Jam 8.00 pg
Peserta berdaftar di Pusat Islam MAINS, Seremban

Jam 8.45pg
Taklimat Kursus oleh Pengarah Projek

Jam 9.30pg
Adab Perjalanan dan Doa Keselamatan

Jam 11.00pg
Sampai ke destinasi/Persiapan Diri

Jam 11.30tgh
Program Taaruf dengan AJK Surau

Jam 12.15tgh
Adab menuntut Ilmu  oleh  Tn Hj Ghalip Spahaat


Jam 1.00 ptg
Persiapan Diri / solat Zohor berjemaah

Jam 1.45 – 2.15ptg
Bacaan Hadith Kelebihan Solat Jemaah &Muzakarah

Jam 2.30-3.45ptg
Makan Tengahari / Rehat

Jam 4.15-5ptg
Solat Jemaah Asar & Muzakarah adab Berzikir

Jam 5ptg- 6.30ptg
Ziarah ke rumah Prof Dr Hj Rohimie Shafiee
Pakar Perundangan Islam, Fakulti Undang-Undang UKM
(Perbincangan tentang Akta dan Undang-undang Islam yang berkaitan)

Jam 6.30ptg-7.30mlm
Persiapan Solat Jemaah Maghrib

Jam 7.30-8.30mlm
Ceramah – Pemakanan Islam oleh wakil HPA Kajang Tn Hj Shahir Naim

Jam 8.30ptg-9.30mlm
Persiapan Solat Jemaah Isyak dan Makan Malam

Jam 10.30mlm
Muzakarah Konsep Mujahadah

Jam 11.00mlm
Adab Tidur Cara Nabi SAW dan muzakarah Kelebihan Tahajud oleh Tn Hj Fauzi


Hari Kedua: 31 Oktober 2010

Jam 5.00 pagi
Persiapan Diri / Solat Tahajud/ Zikir

Jam 6.00pagi
Solat Subuh dan Penerangan Kursus oleh Pengarah Projek
Sarapan Pagi

Jam 9.00 -10.00 pagi
Bacaan Hadith kelebihan Zikir


Jam 10.00-12.00tgh
Latihan penyembelihan Ayam dan proses cara Islam oleh Tn Hj Shahir Naim

Jam 1.45 – 2.15ptg
Bacaan Hadith Kelebihan Solat Jemaah &Muzakarah

Jam 2.30-3.45ptg
Makan Tengahari / Rehat

Jam 4.15-5ptg
Solat Jemaah Asar & Muzakarah adab Masjid

Jam 5ptg- 6.30ptg
Ziarah ke rumah Tn Hj Ghalip Spahaat
Pakar runding kerjaya di Jabatan Pembangunan Kemahiran
(Perbincangan tentang kerjaya dan prospek keusahawanan)

Jam 6.30ptg-7.30mlm
Persiapan Solat Jemaah Maghrib

Jam 7.30-8.30mlm
Latihan Muazzin oleh En Azam Ali AJK Surau

Jam 8.30ptg-9.30mlm
Persiapan Solat Jemaah Isyak dan Makan Malam

Jam 10.30mlm
Muzakarah tentang Iman dan akhirat

Jam 11.00mlm
Muzakaha Adab Tandas


Hari Ketiga: 1 November 2010

Jam 5.00 pagi
Persiapan Diri / Solat Tahajud/ Zikir

Jam 6.00pagi
Solat Subuh dan Penerangan Kursus oleh Pengarah Projek
Sarapan Pagi

Jam 9.00 -10.00 pagi
Bacaan Hadith Hayatus sohabah

Jam 10.00-12.00tgh
Latihan Praktikal Cara Wuduk dan Mandi Wajib Tn Imam Surau Ar Rahman

Jam 1.45 – 2.15ptg
Bacaan Hadith Kelebihan Solat Jemaah &Muzakarah

Jam 4.15-5ptg
Solat Jemaah Asar & Muzakarah Konsep Ziarah & Dakwah

Jam 6ptg- 6.40ptg
Ziarah penduduk tempatan di Taman Semenyih Indah diketuai oleh AJK Surau

Jam 6.45ptg-7.30mlm
Persiapan Solat Jemaah Maghrib

Jam 7.30-8.30mlm
Ceramah – Kenapa saya memeluk agama Islam
Oleh Tn Hj Aris (Surau Bangi Perdana, Bangi)

Jam 8.30ptg-9.30mlm
Persiapan Solat Jemaah Isyak dan Makan Malam

Jam 10.00mlm
Taklimat untuk bersurai dan doa






Friday, October 22, 2010

Doa Selamat dan Kesyukuran Saudara Baru

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Pusat Dakwah Islamiah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS akan mengadakan Program Doa Selamat dan Kesyukuran demi meraikan saudara baru yang kembali ke agama Islam dalam bulan Jun hingga Sept 2010.

Selain doa selamat, majlis ini juga akan meraikan beberapa orang saudara yang lahir dalam bulan Okt 2010. Dijangka seramai 20 orang saudara baru bakal mengambil bahagian dalam program tersebut. Program juga akan turut menyaksikan penglibatan NGO dan pendakwah bebas serta beberapa tokoh saudara baru yang dah lama turut menyampaikan ucapan penghargaan dan alu-aluan termasuk berkongsi pengalaman keislaman mereka.

Majlis akan diserikan lagi dengan kehadiran Y Bhg Ustaz Zainal Said daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Y Bhg Ustaz Mohd Fitri bin Abdullah, Pendakwah Bebas dan Ustaz Kamil Hashim Penceramah Jemputan. Program akan bermula selepas Isyak (8.30 malam) walaupun para tetamu dijangka tiba sebelum maghrib.

Selain NGO, jiran sekitar juga turut dijemput dengan harapan untuk menjadi pertemuan mesra dan menjalin silaturrahim.

Kehadiran dan penglibatan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sunday, October 17, 2010

Keahlian Koperasi Kasih Sayang NS Berhad

Y Bhg Dato/Tuan/Puan,

Assalamualaikum

KEAHLIAN KOPERASI KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN BERHAD
Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah menubuhkan Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad ( No. Pendaftaran: N-4-0352 ) pada 28 April 2009 dengan matlamat  utama untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya. Fungsi utama koperasi ini ialah dalam bidang Perkhidmatan.

2.                  Sehubungan dengan itu, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan menjemput Y Bhg Dato/Tuan/Puan untuk menjadi anggota koperasi tersebut di atas terutama dengan niat kebersamaan dalam membangunkan masyarakat prihatin dan penyayang. Penglibatan ini lebih bersifat penyertaan untuk membangunkan agenda mengembangkan dakwah Islamiah di Negeri Sembilan.

3.                  Dengan semangat berkongsi untuk berkembang, kami mempelawa Y Bhg Dato/Tuan/Puan menyertai kami:-

3.1.  Yuran Pendaftaran RM 10.00
3.2.  Syer Minimum RM 100.00
3.3.  Yuran Keahlian Sukarelawan YKSNS RM 30.00

Bersama-sama ini disertakan Borang Pendaftaran. Segala pembayaran hendaklah dibuat di atas nama Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad. Kerjasama dan sokongan Y Bhg Dato/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,



MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH PJK
Pengasas dan Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
Thursday, October 7, 2010

Sambutan Majlis Hari Raya Pelajar USIM bersama wargayks

Pelajar-pelajar USIM akan mengadakan Program Berhariraya bersama-sama Wargayks pada 8 hb Okt 2010 bertempat Kompleks Tok Muar bermula pada 3.00 petang. Seramai 10 pelajar USIM akan bakal bersama dalam majlis tersebut.

Pihak Pengurusan YKSNS berbesar hati dan mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan di atas pengorbanan masa , tenaga dan wang ringgit terutama keprihatinan mereka dalam usaha murni untuk memasyarakatkan wargayks. Semoga Allah swt memberkati usaha murni tersebut.

Followers