Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Tuesday, November 30, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN

Sukacita dimaklumkan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri, Negeri Sembilan 1432H / 2010M akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 6  Disember 2010 ( Isnin )
Masa  : 8.00 malam
Tempat: Pusat Dakwah Islamiah, Negeri Sembilan
Penceramah: Ir Dr Muhammad Fuad Yeo bin Abdullah

Umat Islam dijemput hadir beramai-ramai.
Friday, November 26, 2010

Kerja Kebajikan Pelajar Jabtan Psikologi & Kaunseling UKM

UKM Psychology Counseling students reach out to KL’s vagrants

Tuesday, 16 November 2010 10:51
Print PDF
By Abdul Ghani Nasir
Pix by Saliman Leman

BANGI, 16  Nov. 2010 – Sleeping on the five foot path while collecting discarded  boxes to be sold to buy food for the day – is not a sad short story but the real life of a vagrant in Kuala Lumpur.

The sufferings of this man from Sabah came to light when he came to collect food packages distributed by Pertiwi Soup Kitchen at one of the streets near Medan Tuanku Abdul Rahman in the Federal Capital recently.

Profesor Dr Rohany Nasir from the School of Psychology and Human Development, Faculty of Social Science and Humanities (FSSH), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) who met the man said:

“He man came to Kuala Lumpur from Sabah nine years ago full of hope but had not been able to get a proper job and had lived a vagrant’s life since. He was only able to collect disused boxes to be sold to buy food and sleep in the five foot path every night.

“He refused to go back to Sabah as he said life in his hometown is much harder,” said Prof Rohany who was involved as a volunteer helping Pertiwi Soup Kitchen since last June.

The package of food which usually consists of rice with gravy, egg and a slice of fruit cost RM4 each is handled by Pertiwi Soup Kitchen run by Puan Munirah Abdul Hamid. The food package with a drink is distributed every Monday, Wednesday, Friday and Sunday.

Prof Rohany said “we can understand their sufferings only after meeting, talking and mixing around with them. They usually slept on the five foot paths, under the bridges or at bus stations in the city centre”. 

In an effort to make UKM students more aware of the sufferings of vagrants and the reasons for their predicaments, Prof Rohany encourages her postgraduates students taking up Pyschology Counseling to become volunteers for Pertiwi Soup Kitchen.

For some of them the programme is their first experience in doing welfare work while others have been involved in helping flood victims, poor students and other social activities.

Prof  Rohany, who have been involved in social work for a long time said: “Only after we get ourselves involved do we really know the real life and sufferings of  this group of unfortunate people whom we normally take for granted.

“We also become more caring and sensitive towards other people especially the disadvantaged group and not remaining aloof in our comfort zones.”

Prof Rohany who was involved in helping flood victims since her school days in the 60’s in Kelantan said we could not understand and may not know the sub-cultures of other people until we mix with them.

 
“Until then we can only assume that their values are the same as ours when in fact they are entirely different. I am sure after meeting and helping the vagrants my postgraduate students will be more sympathetic towards them,” she said.

The Faculty of Social Science and Humanities have recently set up its Graduate Social Club to get more students to participate and be involved in outreach activities. President of the Club, Major Mohamed Rosly Darasid, 41, said it also helped students and lecturers overcome some of their problems as well as organising social functions.

One of their outreach programmes is becoming volunteers for the Pertiwi Soup Kitchen.

One of the volunteers, Muhammad Adnan Abdullah, 45, who hopes to finish his study within a few months have been involved in social work since 2003 when he helped poor students and Muslim coverts in his village in Kuala Pilah.

He went to help the Pertiwi Soup Kitchen run by Puan Munirah Abdul Hamid, together with other students including Rabiah Abd Latif, 23, Hafizah Azlan, 25  Lim Hooi Shan, 23; Norizan Hassan, 24, Sharifah Azliza Syed Alwi, 25, and Chang Wei Hsien, 24.

Adnan who is pursuing his Master’s degree said his involvement helped to improve his knowledge and work at Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.

A businessman, he hopes to duplicate the work of Pertiwi Soup Kitchen to help wayward youths in his village. “Distributing food may be the first step before we can get to know and understand the needs of such youths to be able to guide them later,” he said.
Monday, November 15, 2010

JEMPUTAN

Jemputan:-

Semua Ahli Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan termasuk sukarelawan dan kakitangan dijemput untuk mengambil bahagian dalam Program Qurban yang diadakan oleh TM Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 20 Nov 2010 bertempat di belakang Balai Bomba, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Program Qurban bermula jam 8.30 pagi manakala jemputan kepada kita ialah pada 11.00 pagi untuk jamuan makan tengahari dan pengambilan daging korban.

Bersama-sama kita meraikan ibadah qurban selanjutnya memenuhi hajat saudara kita. Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH
Presiden
Sunday, November 14, 2010

SENARAI PENERIMA DERMASISWA MUALLAF

SENARAI PENERIMA DERMASISWA MUALLAF MELALUI YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN

Pendahuluan:-

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada setiap tahun memberi Dermasiswa Muallaf kepada saudara-saudara baru ataunpun anak-anak mereka yang masih bersekolah ataupun melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi. Sejumlah besar peruntukkan disediakan melalui peruntukan Dana Zakat. Usaha ini merupakan salah satu tanggungjawab Baitul Mal untuk membangunkan umat Islam yang layak menerima bantuan asnaf muallaf ini.

Sehubungan dengan itu, umat Islam yang memerlukan dan layak untuk menerima bantuan tersebut dialu-alukan untuk mendaftar melalui mana-mana persatuan ataupun terus berurusan dengan Unit Ukhuwah, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan merupakan salah satu agen untuk memastikan penyaluran bantuan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Dijangka semua penerima bantuan akan menerima kemasukan wang dermasiswa pada akhir bulan disember atau awal bulan Januari.

Bersama kita membangun bersama Islam  !

Sekolah Rendah (RM200.00)


NAMA
ATIQAH BINTI MOHAMAD SHAMSER
MOHD RASUL BIN MOHD SALIM ARUMADAS
SABIRAH BINTI MOHAMAD SHAMSER
NUR SYAFIKAH ABDUL HAMID


Sekolah Menengah (RM300.00)
 
MUHAMMAD ADAM FAHMI LOO ABDULLAH
MUHAMMAD BAKHTIAR ABDULLAH
MUHAMMAD NASIR PORLE BIN ABDULLAH
NUZUL ABDUL WAFI BIN MOHD SALIM ARUMADASS
SITI FATIMAH BINTI UMAR SUBRAMANIAM
MUHAMMAD KHAIRUL ABDULLAH
SITI NURARIANA BINTI ABDULLAH
MOHD ZARIF BIN MOHD YUSOF
MOHD AMAR BIN ABDUL HAMID


Institut Pengajian Tinggi (DIPLOMA : RM 800.00 IJAZAH: RM 1,000.00)
 
MUHAMMAD SYAHZLAN BIN ABDULLAH
MOHD ZAKI BIN MOHD YUSOF
SITI NOOR AMALINA BINTI ABDUL HAMID

PROGRAM QURBAN YKSNS 2010

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan akan melaksanakan ibadah Qurban pada Hari Sabtu bersama dengan 20 Nov 2010 di pekarangan Masjid Tok Muar, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ahli-ahli dan sukarelawan YKSNS dijemput untuk mengambil bahagian dalam program tersebut di atas.

Selain daripada itu, Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan juga akan mengadakan Solat Hari Raya Aidil Adha pada 17 Nov 2010 jam 8.30 pagi. Mereka yang ingin berhari raya bersama-sama dijemput sekali dengan ahli keluarga dan kaum kerabat.

Selepas Solat Hari Raya Qurban, dijemput mengambil bahagian dalam Jamuan Hari Raya Aidil Adha di Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan.
Wednesday, November 10, 2010

DERMASISWA MUALLAF

Maklumat kepada Saudara Baru

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ada menyediakan kemudahan dermasiswa untuk saudara baru atau anak-anak saudara baru yang masih bersekolah sama ada sekolah rendah, menengah dan di Pusat Pengajian Tinggi.

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan mereka yang berkelayakan untuk menghubungi Unit Ukhuwah Pusat Dakwah Islamiah Paroi ataupun Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan ataupun mana-mana badan NGO yang mereka sertai untuk dapatkan borang berkaitan.

Borang-borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar segera.


Sunday, November 7, 2010

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Ajurah binti Ishak yang telah menjalankan tugas sebagai Setiausaha Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan selama 7 tahun. Beliau telah menamatkan perkhidmatannya bersama Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan bermula pada 16hb. September 2010. Untuk sementara waktu Sdra Redzuan Ahmed bin Abdullah sebagai Pemangku Setiausaha Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.


Segala urusan berkaitan dengan YKSNS harap dapat berhubung dengan Setiausaha Baru kita di talian 0175853420. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH
Pengasas dan Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan


PAKEJ IBADAH QURBAN DAN AQIQAH

Marilah kita menunaikan ibadah qurban demi memenuhi tuntutan dan perintah Allah swt. Semoga dengan mematuhi perintah tersebut hidup kita menjadi lebih berkat dan berada dalam limpahan kasih Allah swt. Saban tahun silih berganti, Hari Raya Qurban datang dan pergi, setiap kali itu kita mempunyai azam untuk melakukan ibadah qurban. Cuma halangannya ialah kewangan. Sehubungan dengan itu, marilah kita menjadi ahli Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad dan memilih mana-mana pakej Qurban atau Aqiqah supaya kita juga mampu dan bersama-sama dapat menunaikan ibadah tersebut.

Langkah I:     Menjadi Ahli Koperasi dengan mengisi Borang Keahlian
Langkah II:    Membayar Yuran Keahlian RM 10.00
Langkah III:   Mendapat khidmat nasihat Pegawai Koperasi untuk membuat pilihan pakej


Mudah sahaja. Sila hubungi 012-3934840 atau email : yksnegerisembilan@gmail.com

Followers