Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Sunday, December 5, 2010

KURSUS KEMAHIRAN KAUNSELING

JEMPUTAN UNTUK MENGIKUT KURSUS KEMAHIRAN KAUNSELING
( Diutamakan untuk NGO Dakwah Negeri Sembilan )

Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan dengan Pusat Psikologi Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan program seperti berikut:-

Nama Kursus : Kursus Kemahiran Kaunseling
Tempat : Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh : 17 & 18 Disember 2010 ( 8.00 am- 5.30 am)
Jurulatih : Prof Madya Zainah binti Ahmad Zamani

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kursus tersebut. Makan minum dan nota kursus disediakan. Sijil Penyertaan akan disampaikan pada akhir kursus. Memandangkan tempat terhad untuk 20 orang sahaja maka mereka yang berminat diminta mengesahkan kehadiran pada kadar yang segera ataupun sebelum 15 Disember 2010.

Kerjasama dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


PENGESAHAN

Hajah Norizan binti Haji Zakaria
012-632 1519 / 06-678 1021

0 comments:

Post a Comment


Followers