Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Wednesday, February 2, 2011

Pelajar Praktikal USIM

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah menerima 4 orang pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia untuk menjalani latihan praktikal dakwah dalam tempoh masa 4 bulan daripada 1 Januari 2011. Pengurusan YKSNS telah menempatkan 2 orang di One Stop Center YKSNS/MAINS di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban dan 2 orang di Asrama Kasih Sayang di Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 

YKSNS sangat berbangga dengan komitmen dan kesungguhan mereka melibatkan diri dalam kesemua aktiviti dan program YKSNS dalam tempoh tersebut. Saya yakin dan percaya bahawa penyelia lapangan mereka akan bersetuju dengan kenyataan bahawa pelajar-pelajar ini bukan sahaja mempunyai ilmu dalam bidang kepimpinan dan pengurusan dakwah tetapi juga mempunyai semangat waja dan kental mengharungi perjuangan YKSNS dalam memantapkan akidah dan pengurusan kebajikan menuju kehidupan yang lestari.

Kualiti diri pelajar ini dapat menepis jangkaan awal bahawa kehadiran mereka hanya sekadar untuk memenuhi keperluan praktikal bagi melengkapkan pengajian mereka. Sekali gus saya berbangga  untuk merakamkan  penghargaan kepada USIM kerana dapat melahirkan graduan-graduan seumpama ini yana mana apabila mereka mengisi jentera perkhidmatan awam mahupun swasta dapat meniupkan dan menerbitkan kecemerlangan dan mutu perkhidmatan yang tinggi terutama dalam agensi  pelaksana agama.

Semoga Allah swt mengekalkan semangat waja dalam sanubari mereka terutama untuk mengharungi getir-getir perjalanan dakwah yang penuh dengan cabaran. Semoga kita semua berada dalam lindungan rahmat Allah swt. 

0 comments:

Post a Comment


Followers