Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Wednesday, April 27, 2011

Perjuangan Menuntut Pengorbanan

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan. Perjuangan menuntut pengorbanan diri, harta, masa dan perasaan. Amat mudah untuk membuat pengorbanan harta tetapi amat perit dan pahit apabila ianya melibatkan diri, masa dan perasaan. 

Apabila sesuatu keputusan dibuat setelah diberikan pertimbangan teliti tanpa melibatkan perasaan lalu dimulakan tindakan selepas itu tiada lagi toleh ke belakang. Soalnya bukan menang kalah tetapi adalah benar ataupun palsu

Menunaikan hak tanpa menuntut hak adalah sifat terpuji umat Islam. Pengorbanan hak demi janji Allah swt adalah impian setiap umat Islam. Kita sedia faham bahawa bukan sahaja niat kena betul tetapi prosesnya juga kena betul. 

Adil bukan sama rata tetapi menunaikan hak. Setiap orang berhak untuk dilayan sesuai dengan taraf, kedudukan dan aras pemikirannya. Manusia sama rata di sisi Allah swt melainkan dengan taqwanya bukan kerana pandai menyusun tutur bicara semata-mata. Kita sangat mengharapkan hak kita ditunaikan tanpa mengendahkan hak orang lain. 

Tidak semua yang ke berulang alik pagi dan petang ke masjid itu ahli  syurga dan tidak pula mereka yang berkunjung ke pasar-pasar lara itu ahli neraka. Kata putus adalah di sisi Allah swt. 

Setiap tutur kata dan butir-butir isi dan kata ada tuntutannya. Adakah kita menyangka bahawa kita akan dibiarkan begitu sahaja selepas mengaku beriman. Pasti-pasti setiap daripada kita akan melalui ujian untuk menentukan makam iman kita. 

Kita perlu selesaikan semua masalah kita di muka bumi dan sebelum nyawa kita tamat kelak kita akan malu di depan Allah swt apabila orang lain membentangkan amalan mereka dalam memperjuangkan dan memperkasakan agama Allah di muka bumi kita pula sibuk membicarakan soal makan minum dan pakai dan patut. Masalah kita dengan Allah swt mungkin ada penyelesaiannya dengan taubat tetapi masalah kita dengan manusia perlu diselesaikan dengan manusia juga.

Dalam kita membuat sesuatu jangan terhambur perkataan kerana lidah tidak bertulang, payah nak kutip semula setiap patah perkataan sesudah diucapkan.

0 comments:

Post a Comment


Followers