Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Sunday, October 17, 2010

Keahlian Koperasi Kasih Sayang NS Berhad

Y Bhg Dato/Tuan/Puan,

Assalamualaikum

KEAHLIAN KOPERASI KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN BERHAD
Merujuk kepada perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah menubuhkan Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad ( No. Pendaftaran: N-4-0352 ) pada 28 April 2009 dengan matlamat  utama untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya. Fungsi utama koperasi ini ialah dalam bidang Perkhidmatan.

2.                  Sehubungan dengan itu, Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan menjemput Y Bhg Dato/Tuan/Puan untuk menjadi anggota koperasi tersebut di atas terutama dengan niat kebersamaan dalam membangunkan masyarakat prihatin dan penyayang. Penglibatan ini lebih bersifat penyertaan untuk membangunkan agenda mengembangkan dakwah Islamiah di Negeri Sembilan.

3.                  Dengan semangat berkongsi untuk berkembang, kami mempelawa Y Bhg Dato/Tuan/Puan menyertai kami:-

3.1.  Yuran Pendaftaran RM 10.00
3.2.  Syer Minimum RM 100.00
3.3.  Yuran Keahlian Sukarelawan YKSNS RM 30.00

Bersama-sama ini disertakan Borang Pendaftaran. Segala pembayaran hendaklah dibuat di atas nama Koperasi Kasih Sayang Negeri Sembilan Berhad. Kerjasama dan sokongan Y Bhg Dato/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,



MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH PJK
Pengasas dan Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

0 comments:

Post a Comment


Followers