Thursday, October 28, 2010
Memeluk Agama Islam
8:11 PM |
Posted by
| YKSNS | Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan |
Edit Post
Masyarakat Bakal Islam yang berminat untuk mengenali agama Islam boleh berbuat demikian dengan terlebih dahulu mendapat info yang jelas dan faham akan intipati ajaran Islam sepenuhnya. Dengan berbuat demikian kita lebih bersedia untuk mempersiapkan diri sebagai individu bakal Islam yang cemerlang.
Masyarakat harus memahami bahawa untuk memeluk agama Islam, tiada paksaan. Penjelasannya bahawa untuk menerima Islam sebagai agama anutan dan kepercayaan seseorang tidak boleh dipaksa. Penerimaan adalah secara sukarela dan dengan hati yang terbuka. Selanjutnya apabila seseorang yang mukalaf itu bersetuju untuk menerima ajaran Islam maka bermulalah perundangan Islam ke atas dirinya.
Bukanlah maknanya, seseorang itu bebas melakukan apa sahaja atas dasar tiada paksaan dalam agama. Sungguhpun kebebasan agama yang diperakukan adalah bersyarat ke atas mereka yang telah menerima ajaran Islam.
Untuk lebih adil dan saksama selanjutnya menghormati hak seseorang dalam beragama, wajarlah kita bersifat lebih terbuka untuk memberi kefahaman yang jelas dan mantap kepada setiap orang yang memilih untuk bersyahadah.
Lafaz Terjemahan Syahadah
Aku Naik Saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah,
Aku Naik Saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Islam didasarkan atas beberapa Rukun. Bermula dengan mengucap kalimah syahadah, selanjutnya mengamalkan Solat 5 Waktu, belajar berpuasa dalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji jika ada kemampuan.
Amalan hati diperkukuhkan dengan Rukun Iman. Seseorang itu hendaklah Percaya Kepada Allah swt, Percaya kepada Malaikat, Percaya Kepada Kitab, Percaya kepada Nabi dan Rasul, Percaya kepada Hari Kiamat dan Percaya kepada Qada dan Qadar.
Hanya Islam agama yang diperakui oleh Allah swt, diperturunkan wahyu melalui malaikat yang membawa kitab-kitab Allah kepada Nabi dan Rasul supaya yakin akan hal-hal ghaib; adanya kiamat dan tunduk patuh kepada ketentuan Allah swt secara mutlak.
Yakin hanya Allah swt Tuhan Tuan Punya Sekelian Alam,
Yakin adanya Malaikat,
Yakin akan kebenaran Kitab,
Yakin pada amanahnya Nabi dan Rasul
Yakin pada kiamat
Yakin pada ketentuan Qada dan Qadar
Andai kata ada yang berminat untuk mendalami kefahaman Islam, sila lah berhubung dengan kami
012 393 4840
Muhammad Adnan Abdullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment