Tuesday, May 24, 2011
Antara Bersangka Baik dan Berwaspada
8:59 PM |
Posted by
| YKSNS | Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan |
Edit Post
Kita senantiasa mengambil sikap bersangka baik terhadap setiap daripada kita. Kita melayan mereka dan mendengar keluh kisah mereka dengan sabar dan tenang lalu kita cuba menggunakan seluruh sumber dan saluran yang ada untuk membantu meringankan beban penderitaan mereka.
Pendekatan kita bersangka baik lalu tindakan kita adalah sedaya upaya kita dengan memperingati seruan agama untuk senantiasa menjadikan diri kita sebagai alat untuk mencapai redha Allah swt. Usaha kita untuk mencapai redha Allah swt dan bukannya penghargaan manusia menyebabkan kita menerima baik sesiapa sahaja yang dirujukkan kepada kita.
Daripada saat kita menerima mereka, kita akan mula menganalisa kes tersebut dan hasil saringan kes ini, YKSNS akan membuat tindakan lanjut dengan menklasifikasikan kes-kes tersebut dan mengusahakan tindakan sepatutnya.
Dalam menjalankan tugas ini, YKSNS senantiasa berusaha untuk membina hubungan dan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak terutama agensi kerajaan yang berkaitan. Alhamdulillah setakat ini kita mendapat kerjasama yang amat baik daripada setiap agensi kerajaan. YKSNS cuba menjadi pemudahcara bagi menangani isu-isu klien yang dirujuk supaya tidaklah kedengaran lagi rungutan mereka bahawa mereka seperti bola ditendang ke sana, ditendang ke sini.
Dalam pada itu, kita dapati timbul keperluan untuk kita berhati-hati dengan setengah-setengah pihak yang datang untuk mendapatkan pertolongan kita bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi mempunyai agenda tersembunyi di sebalik kisah sedih mereka.
Kisah sedih mereka dijadikan umpan semata-mata untuk meraih simpati. Kadang kala mereka begitu bijak dan tersusun tutur bicaranya sehingga kita mungkin terpukau dengan kesungguhan mereka memutarkan duka lara mereka. Namun begitu pengalaman hampir 8 tahun dalam pengurusan klien seperti ini kita dapat meneka dan membuat andaian mengenai kebenaran kisah mereka itu. Selalunya percayalah kepada rasa hati. Rasa hati dan mata hati jarang tertipu atau terleka ataupun terlena. Pandangan tembus dan lantas, singkapannya tepat, taakulannya pun mengena..Apa lagi kuasa minda yang dipanggil brainwave senantiasa menjadi panduan kita. Tidak kurang malahan lebih penting ialah solat minta petunjuk bagi membolehkan kita mendapat ilham dan panduan.
Kita harus berhati-hati dengan sikap setengah-setengah pihak yang mengamalkan sikap mengambil kesempatan walau dengan apa cara sekalipun. Pertolongan dan bantuan yang diberikan disalahgunakan. Mereka yang sepatutnya dapat bantuan sering terabai tetapi mereka yang tidak sepatutnya dapat berjaya mendapatkan bantuan hanya kerana sikap mereka yang suka mendesak, mengugut, mengancam, pandai bercakap dan sebagainya.
Usaha perlu dicurahkan untuk menangani isu yang ditimbulkan oleh klien yang hard core, tidak mahu bekerja dan hanya mengharapkan bantuan kewangan. Agensi kebajikan hendaklah bergabung untuk menangani permasalahan ini. Ada pula sekumpulan orang yang bergerak dan menginap di masjid-masjid menjadikan status muallaf untuk mendapatkan bantuan. Tetapi apabila disemak terlalu banyak bantuan sudah diberikan. Namun masyarakat melihat seolah-olah baitul Mal tidak berperanan untuk membantu membela muallaf. Sedangkan sekumpulan kecil golongan ini adalah dari jenis hard core yang mempunyai pendapat sendiri, jarang menghadiri kursus dan program. Walaupun bukan semua mempunyai sikap seperti itu, namun sedikit sebanyak perbuatan mereka mencemarkan niat murni saudara baru lain yang menerima Islam secara ilmu. Masyarakat bukan Islam memandangkan rendah dan mempertikaikan niat, seolah-olah memeluk Islam hanya untuk mendapatkan status tertentu, bantuan kewangan dan sebagainya. Dana zakat adalah hak saudara baru dan hadiah Allah swt tetapi tidaklah menjadi matlamat utama tetapi kalau ia menjadi matlamat utama akhirnya terpulanglah kepada Allah swt untuk menghakiminya.
Kita akan cuba menunaikan tanggungjawab kita sebaik-baiknya tanpa takut dan gentar. Pengharapan kita kepada Allah swt, usaha kita adalah asbab kejayaan namun hakikat ketentuan Allah swt yang benar !
Kalau perlu Akta Orang Papa 1973 perlu digunakan untuk menangani isu seperti ini. Penempatan mereka di institusi berkenaan akan memberi peluang kepada mereka untuk diberikan latihan dan kemahiran pekerjaan dan kembalikan mereka ke masyarakat sebagai individu yang berproduktiviti dan bermanfaat terutama kepada diri sendiri.
Kalau kita biarkan mereka berpeleseran, bukan ikhtiqaf tetapi bermastautin di masjid-masjid maka sebenarnya kita tidak membantu mereka tetapi lebih menggalakkan mereka menjadi malas dan hanya meminta-minta. Langkah proaktif ialah untuk memberikan mereka penempatan dan latihan kemahiran untuk pembangunan diri ke arah berdikrari. Bantuan kewangan mudah diberikan tetapi merubah sikap merupakan suatu tugasan yang sukar dan mencabar..
Mohon doa Allah swt berikan kekuatan...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

Post a Comment