Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Tuesday, January 25, 2011
Ambil masa untuk merenungi sejenak untuk mengimbas kembali kerja-kerja dan tugasan harian kita. Pastikan kita dapat mengadakan ruang untuk muhasabah diri kita terutama berhubung dengan tugas dan tanggungjawab harian kita. Kita memikul tanggungjawab yang berat. 

Pembetulan hendaklah bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu. Mengharapkan orang lain berubah tanpa kita mengubah diri kita adalah suatu usaha yang sia-sia. Apa lagi jika ia melibatkan anak-anak jagaan kita. Saban waktu mereka melihat diri kita, mempelajari sesuatu daripada tingkah laku dan tutur kata kita. Mereka meniru gaya kita kerana pada waktu ini mereka terdedah kepada info yang terbatas kepada persekitaran mereka terutama ilmu yang berkembang dalam lingkungan keluarga. Ibu bapa dianggap paling berkuasa, percakapan, gaya kepimpinan, akhlak dan peri laku menjadi rujukan dan acuan kepada pembentukan kendiri anak-anak. Anak-anak mempunyai lebih banyak waktu dengan kaum wanita. Kaum wanita terutama ibu berperanan aktif untuk merubah, membentuk, mengasuh dan membimbing anak-anak ke arah kehidupan yang lestari. Kalau interaksi antara ibu dan anak pincang maka pincanglah seluruh perkembangan dan pembangunan minda anak-anak peliharaan mereka. 

Anak yang tidak ditangan-tangankan,
Isteri yang tidak ditinggal-tinggalkan,
Tanah yang tidak  bertuan,
Rumah yang  tidak bertunggu,
Pokok yang  tidak berbaja,
Kereta yang tidak berbela,

Semuanya sia-sia...

Begitu tinggi harapan yang diberikan kepada ibu bapa dalam pembentukan masa depan anak-anak sebagai insan yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. 

Hari ini anak-anak ditinggalkan bersama-sama pembantu rumah. Ibu bapa kerana kesuntukan masa tidak dapat bersama-sama anak-anak. Segala urusan penjagaan diserahkan kepada pembantu rumah sehingga kesannya dapat dilihat dari sudut perkembangan dan penguasaan bahasa mirip loghat pembantu rumah berkenaan dalam gaya bahasa dan pengucapan harian anak-anak. 

Kasih Sayang sesuatu yang berkembang dengan auranya yang tersendiri. Kasih Sayang adalah sesuatu yang hidup dan mati. Kasih Sayang boleh mengembang dan menguncup, boleh melebar dan menipis dan boleh ada dan boleh tiada sama sekali. Setiap hari anak-anak ini membesar dengan melihat muka orang yang bersama-samanya hampir setiap masa termasuk gelombong badannya, menghidu aroma yang terbit daripada keringat pengasuhnya sehingga mencetuskan hubungan rapat, membajai perkembangan hati dan minda. Tangan-tangan yang membesarkan seseorang akan menjadi tangan-tangan suci untuk menerima penghormatan tertinggi daripada mereka yang menerima penjagaan. 

Apabila tiada penguasaan ibu bapa kepada anak secara hati dan minda sudah tentu fizikalnya jauh sekali. Apabila meningkat dewasa dan boleh mula berfikir - mula pemberontakan berlaku....

Tidak mengapa...
Mulakan mulai hari ini untuk bersama-sama anak-anak,
Luangkan masa untuk berbual mesra, makan bersama-sama dan menjalani aktiviti lain,
bawa mereka untuk solat berjamaah, dampingi mereka, 
pastikan diri ini boleh menjadi sumber rujukan apabila mereka memerlukan bimbingan
Be prepared untuk menjadi kawan yang baik, penasihat yang cemerlang,
perlihatkan keterbukaan, kuasai ilmu psikologi pendidikan untuk terapkan nilai-nilai yang baik dan tinggi
terutama dalam bentuk contoh teladan..

Action talk more louder than word



0 comments:

Post a Comment


Followers