Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Monday, January 3, 2011

Program Mari Mengenali dan Memahami Islam

YKSNS akan menganjurkan Program Mari Mengenali dan Memahami Islam pada setiap Hari Sabtu bertempat di Pusat Dakwah, Seremban, Negeri Sembilan. 


Program ini terbuka kepada mereka yang berminat untuk mengenali dan memahami Islam terutama masyarakat belum Islam. Penyertaan untuk program adalah terbuka dan tanpa sebarang komitmen. Maksud tiada komitmen ialah dengan menyertai program ini bukanlah bermakna mesti memeluk atau menganut agama Islam. 


Program ini lebih kepada kesedaran, kefahaman dan perbincangan intelektual dengan minda terbuka untuk melihat perbezaan dan persamaan menuju kejayaan dalam dunia dan akhirat. 

Sila hubungi Urusetia Program Marilah Mengenali dan Memahami Islam untuk keterangan lanjut. Silakanlah hubungi 06-678 1021 atau sms kepada 012-3934840 ataupun email kepada yksnegerisembilan@gmail.com.  

0 comments:

Post a Comment


Followers