Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Friday, January 7, 2011

Pelajar Cemerlang

YKSNS komited untuk mendapatkan, mengumpulkan dan membuat saringan bagi membantu melakukan lonjakan pencapaian akademik anak-anak saudara Muslim di Negeri Sembilan. 

Kita telahpun mengenal pasti untuk beberapa pelajar sekolah rendah dan menengah yang mempunyai prestasi pencapaian akademik yang baik tetapi berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Sebagai usaha untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus perkembangan pelajaran, YKSNS komited untuk memastikan mereka memperolehi peluang pelajaran dengan menyediakan dan menyalurkan dermasiswa yang disediakan oleh MAINS. Selain daripada itu, usaha-usaha dibuat supaya anak-anak saudara baru ini diberikan tempat untuk menyambung pelajaran di sekolah-sekolah agama bagi menyediakan mereka dengan kelulusan agama yang baik terutama sebagai penyambung kerja-kerja agama di Negeri Sembilan terutama mengikut etnik dan bahasa masing-masing. Pada waktu ini, kita tidak mempunyai tenaga mahir dan berkepakaran dalam pelbagai bahasa terutama dalam bahasa Tamil dan Cina. Kita perlu menyediakan mereka untuk diketengahkan sebagai produk dakwah bagi mendekati masyarakat majmuk di negara kita. 

Salah satu percubaan YKSNS ialah usaha untuk membawa salah seorang anak saudara baru ke Sekolah Agama di Negeri Sembilan pada tahun 2008. Akhirnya pelajar ini dalam tempoh 1 tahun sahaja memeluk agama Islam telah memperoleh A dalam mata pelajaran agama Islam dan 9A sebagai keputusan penuh dalam SPM. Saudara Muslim ini kini telah melanjutkan pelajaran ke luar negeri dalam bidang perubatan di Mesir atas tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Projek perintis ini telah membuktikan bahawa dengan mewujudkan peluang dan persekitaran kondusif, kita dapat melahirkan insan yang berkualiti dan dapat merancang guna tenaga dalam bidang dakwah. Tentulah usaha ini merupakan usaha semua pihak yang mencintai agama Islam. 

Pada tahun ini, kita ingin mensasarkan 5 orang anak saudara muslim dipilih dan diberikan bantuan dan sokongan bagi melonjakkan prestasi pelajaran mereka. 

0 comments:

Post a Comment


Followers