Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Sunday, January 2, 2011

JEMPUTAN

JEMPUTAN KE MAJLIS BACAAN YASSIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT
SEMPENA HARI KEPUTERAAN KE-63
D.Y.M.M. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
BAGI TAHUN 2011M

Dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan berhubung dengan perkara di atas. Sukacita dimaklumkan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Hari Keputeraan ke-63 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus bagi tahun 2011M akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 9 Januari 2011 ( Ahad )
Masa : 6.45 petang
Tempat : Masjid Negeri, Seremban

Sehubungan dengan itu, saya ingin memanjangkan jemputan kepada Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan untuk menghadiri majlis tersebut. Pohon jasabaik tuan/puan untuk berpakaian kebangsaan ketika menghadiri majlis tersebut. Kerjasama dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Saya yang menjalankan tugas,


MUHAMMAD ADNAN BIN ABDULLAH, PJK
Presiden
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan



0 comments:

Post a Comment


Followers