Friday, January 7, 2011
Persefahaman dan Kesatuan Hati
1:59 AM |
Posted by
| YKSNS | Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan |
Edit Post
Menggerakkan kerjasama dan melakukan aktiviti supaya membentuk kesatuan hati bukan suatu perkara yang mudah. Kita semua mementingkan 'style'. Masing-masing mempunyai 'style' sendiri. Kita cenderung melakukan perubahan mengikut citarasa kita.
Dalam kebanyakan organisasi, apabila ada sahaja perubahan jawatan ataupun perubahan pucuk pimpinan, kita akan dapati usaha untuk merubah identiti ataupun mengaplikasikan identiti baru. Malahan dengan bersandarkan pembudayaan identiti baru akan berlaku rombakan, pindaan, perubahan atas nama penambahbaikkan. Maka kita akan lihat bukan sekadar perubahan imej tetapi sekali gus akan berlaku pertukaran staff. Berpuputlah angin baru... Semua ini dilakukan atas nama perubahan ke arah kecemerlangan dengan gaya dan style yang lebih stylo...
Perubahan dasar seumpama ini boleh meninggalkan kesan positif atau kesan negatif bergantung kepada suasana semasa dan kumpulan sasaran yang terlibat. Lakukanlah perubahan dengan berhati-hati. Lakukanlah perubahan apabila dirasakan benar-benar perlu bukan perubahan semata-mata kerana perubahan.
Perubahan dalam sesuatu organisasi adalah perkara biasa. Sekali air bah, sekali pantai berubah... tetapi perubahan yang kerap juga mempunyai kesan negatif. Kadang kala perubahan dilakukan semata-mata untuk menghilangkan bayangan atau imej orang terdahulu.
Perubahan perlu ada ke arah yang lebih baik. Hari ini lebih baik daripada semalam, diharapkan esok lebih baik daripada hari ini. Kita tidak senantiasa berada di dalam takuk lama. Kita bergerak mengikut perubahan masa, zaman dan perkembangan ilmu dan teknologi supaya tidak digelar ketinggalan zaman. Perkembangan minda dengan ilmu menghasilkan kemantapan hati dan pegangan seterusnya diterjemahkan melalui tingkah laku dan perbuatan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Blog Archive
-
▼
2011
(53)
-
▼
January
(24)
- Kuala PilahRamalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kuala P...
- Pergerakan Tanah dan Keruntuhan Tembok Masjid Tok ...
- Pusat Kegiatan Saudara Baru Negeri Sembilan
- MAKLUMAN PENANGGUHAN MULTAQA NGO 2011
- Ambil masa untuk merenungi sejenak untuk mengimbas...
- Multaqa NGO
- No title
- MAKMAL HUFFAZ
- MAJLIS MERAIKAN SAUDARA MUSLIM
- Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri ...
- Pelajar Cemerlang
- Usahawan Muslim
- Perkaderan Dakwah
- Kelas Pengukuhan Saudara Kita
- Persefahaman dan Kesatuan Hati
- URUSAN KEMASUKAN ISLAM DI NEGERI SEMBILAN
- ONE STOP CENTRE
- Forum Bicara Islam
- Program Perancangan Strategik dan Hari YKSNS 2011
- Program Mari Mengenali dan Memahami Islam
- JEMPUTAN
- Pemeriksaan Perbarisan Peserta KDKT
- Peserta KDKT
- Tony Blair’s sister-in-law confirms conversion to ...
-
▼
January
(24)
0 comments:
Post a Comment