Presiden YKSNS

Presiden YKSNS
Muhammad Adnan Abdullah, PJK
Sunday, January 30, 2011
Kuala Pilah
Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Kuala Pilah
Isnin, 31/01/2011 

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Sepanjang Hari
 Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
 Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
 Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 33 °C
 
Selasa, 01/02/2011 

Ribut petir di beberapa tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di beberapa tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 23 °C
 Maksimum : 30 °C
 
Rabu, 02/02/2011 

Ribut petir di beberapa tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di beberapa tempat
 Malam : Hujan di satu dua tempat
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 31 °C
 
Khamis, 03/02/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 32 °C
 
Jumaat, 04/02/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 33 °C
 
Sabtu, 05/02/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 33 °C
 
Ahad, 06/02/2011 

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
 Pagi : Tiada Hujan
 Petang : Ribut petir di satu dua tempat
 Malam : Tiada Hujan
 Minimum : 24 °C
 Maksimum : 33 °C
 

Pergerakan Tanah dan Keruntuhan Tembok Masjid Tok Muar

Pembangunan di sekeliling bangunan Masjid Tok Muar menyebabkan bangunan masjid tersebut seolah-olah terletak di atas sebuah pulau. Kelihatan indah pada pandangan mata sekalian yang menatap masjid tertua di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini. 

Pemaju yang membangunkan perumahan di sekitar tanah tersebut telah memotong tanah di sekeliling masjid tersebut sehingga menjadikan masjid tersebut berada di kedudukan tertinggi di kawasan perumahan tersebut. Atas desakan kami dan penglibatan Pegawai Daerah ketika itu, pemaju telah mendirikan tembok ala kadar bagi mengelakkan hakisan dan keruntuhan tanah masjid berkenaan. 

Walaupun pembinaan ala kadar telah dibantah tetapi tiada tindakan dibuat sama ada oleh pihak berkuasa ataupun pihak pemaju. Akhirnya dibiarkan sahaja pembinaan tembok berkenaan. Barangkali pembinaanya menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan terutama pihak-pihak yang memantau projek pembinaan. 

Sudah berkali-kali kerisauan telah disuarakan supaya keretakan dan pergerakan tanah yang dikesan diambil tindakan oleh pihak-pihak berkenaan tetapi semua suara tersebut tenggelam dalam arus pembangunan semasa. Tiada pihak yang nampaknya benar-benar kasih akan harta warisan peninggalan zaman berzaman sebagai mercu tanda kedatangan dan perkembangan Islam di Daerah Kuala Pilah ini. 

Barangkali surat permohonan yang saya hantar kepada Kurator Muzium supaya Masjid Tok Muar didaftarkan atau digazetkan sebagai bangunan warisan sejarah itu mungkin telah diarkibkan atau dimuziumkan untuk tatapan orang ramai. Begitulah kita sebagai manusia zaman moden mensia-siakan warisan dan kesan peninggalan sejarah kita. 

Bagi mereka yang berkuasa dan diberikan amanah dan tanggungjawab diharapkan dapat membuat tindakan segera supaya sesuatu perkara itu dapat diselesaikan pada kadar yang segera agar tiada kos tambahan berlaku. Apa yang ingin ditegaskan ialah andai kata , keruntuhan kali ini tidak diambil tindakan segera kemungkinan akan menyebabkan bangunan masjid mengalami keruntuhan dan kerosakan. 

Hati bagaikan dirobek
Melihat keruntuhan ini....
Janganlah hendaknya suara ini dipandang sepi
 kerana datangnya daripada orang yang tiada berdaya upaya
dan tiada ketentuan statusnya...

Pihak-pihak tertentu hendaklah membuat tindakan dan menentukan punca keruntuhan, jika keruntuhan ini disebabkan oleh pembangunan sekitarnya maka hendaklah dipastikan tindakan pembaikpulihan dilaksanakan segera supaya bangunan masjid ini terperlihara sebagai harta intelek kerana nilai seni bina lama dan maklumat sejarah yang amat tinggi maksud dan ertinya pada mercu tanda kedatangan Islam...
Wednesday, January 26, 2011

Pusat Kegiatan Saudara Baru Negeri Sembilan

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah mengosongkan 2 buah rumah di Kompleks Masjid Tok Muar, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kerana tidak dapat membeli rumah-rumah berkenaan setelah tempoh yang diberikan oleh pemaju dan penyewa rumah berakhir. 

Namun begitu, YKSNS bersyukur ke hadrat ALlah swt dan berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas bagi memastikan pembelian rumah No. 1 Taman Cemerlang, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan menjadi kenyataan. Sumbangan yang diterima telah digunakan sebagai wang pendahuluan dan kos guaman bagi membiayai pembelian rumah berkenaan. Kami redha dengan ketentuan Allah swt.

Walau bagaimanapun, pada waktu ini berlaku peningkatan dalam permintaan untuk menggunakan rumah tersebut menyebabkan kami terpaksa menempatkan mereka di rumah-rumah papan ( bekas kuaters kerajaan) yang perlu pembaikpulihan lagi. Keadaan rumah tersebut memerlukan pembaikpulihan dan melengkapkan kemudahan asas. Diharapkan dengan adanya Pusat Kegiatan Saudara Kita, mereka yang memerlukan perlindungan akan menjadi lebih mudah dan kerja kami menjadi ringan. 

Pusat Kegiatan Saudara Baru hendaklah mempunyai pengurusan kerja yang mantap dan bersedia untuk berkhidmat 24 jam kepada masyarakat terutama rakyat Negeri Sembilan dan umat Islam khasnya. Pusat ini diharapkan dapat menjadi pelengkap kepada tugas dan tanggungjawab yang dijalankan oleh NGO selama ini. Selain daripada itu, pusat ini hendaklah menjalin kerjasama rapat dengan NGO selanjutnya menjadi stesen pemangkin gerakan kebajikan dan dakwah di Negeri Sembilan. Didoakan semoga diterajui oleh mereka yang mesra masyarakat, mesra NGO dan mesra rakyat. 

Pembinaan PKSB ini merupakan suatu kejayaan kita. Lebih-lebih lagi reka bentuknya bertujuan untuk memaparkan keuniversalan Islam dengan mengambil seni bina masyarakat cina sebagai tema sudah tentu bakal membuka ruang dan peluang kepada masyarakat cina untuk membuka mata terhadap keterbukaan Islam menghadapi keadilan dan kesaksamaan di mana status seseorang manusia bukan ditentukan dengan keturunan, bangsa, bahasa, kekayaan ataupun warna kulit melainkan hanya dengan nilai atau paras ketaqwaan semata-mata. 

YKSNS berbangga dengan adanya PKSB untuk menyediakan ruang dan peluang kepada saudara baru untuk memantapkan pengetahuan agama, meningkatkan kehidupan semasa dan menjadi contoh teladan kepada diri dan masyarakat.

Sudah pasti ini adalah salah satu tanggungjawab Baitul Mal dalam usaha membela golongan asnaf sesuai benar dengan fungsi dan kewujudannya. Hasilnya adalah agama diimarakkan, semoga dengan izin Allah swt lebih ramai orang terbuka hati dan memperolehi hidayah untuk menganut agama Islam seterusnya beramal dengannya.

Marilah kita sama-sama berdoa supaya usaha-usaha ini mendapat keberkatan Allah swt. 
Tuesday, January 25, 2011

MAKLUMAN PENANGGUHAN MULTAQA NGO 2011

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Multaqa NGO 2011 yang dijadualkan pada 29 Jan 2011 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang timbul dan berharap untuk bertemu kembali apabila program tersebut diadakan pada bulan Februari 2011.

Jika ada pertanyaan boleh hubungi Jabatan Mufti 06-7652415

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Ambil masa untuk merenungi sejenak untuk mengimbas kembali kerja-kerja dan tugasan harian kita. Pastikan kita dapat mengadakan ruang untuk muhasabah diri kita terutama berhubung dengan tugas dan tanggungjawab harian kita. Kita memikul tanggungjawab yang berat. 

Pembetulan hendaklah bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu. Mengharapkan orang lain berubah tanpa kita mengubah diri kita adalah suatu usaha yang sia-sia. Apa lagi jika ia melibatkan anak-anak jagaan kita. Saban waktu mereka melihat diri kita, mempelajari sesuatu daripada tingkah laku dan tutur kata kita. Mereka meniru gaya kita kerana pada waktu ini mereka terdedah kepada info yang terbatas kepada persekitaran mereka terutama ilmu yang berkembang dalam lingkungan keluarga. Ibu bapa dianggap paling berkuasa, percakapan, gaya kepimpinan, akhlak dan peri laku menjadi rujukan dan acuan kepada pembentukan kendiri anak-anak. Anak-anak mempunyai lebih banyak waktu dengan kaum wanita. Kaum wanita terutama ibu berperanan aktif untuk merubah, membentuk, mengasuh dan membimbing anak-anak ke arah kehidupan yang lestari. Kalau interaksi antara ibu dan anak pincang maka pincanglah seluruh perkembangan dan pembangunan minda anak-anak peliharaan mereka. 

Anak yang tidak ditangan-tangankan,
Isteri yang tidak ditinggal-tinggalkan,
Tanah yang tidak  bertuan,
Rumah yang  tidak bertunggu,
Pokok yang  tidak berbaja,
Kereta yang tidak berbela,

Semuanya sia-sia...

Begitu tinggi harapan yang diberikan kepada ibu bapa dalam pembentukan masa depan anak-anak sebagai insan yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. 

Hari ini anak-anak ditinggalkan bersama-sama pembantu rumah. Ibu bapa kerana kesuntukan masa tidak dapat bersama-sama anak-anak. Segala urusan penjagaan diserahkan kepada pembantu rumah sehingga kesannya dapat dilihat dari sudut perkembangan dan penguasaan bahasa mirip loghat pembantu rumah berkenaan dalam gaya bahasa dan pengucapan harian anak-anak. 

Kasih Sayang sesuatu yang berkembang dengan auranya yang tersendiri. Kasih Sayang adalah sesuatu yang hidup dan mati. Kasih Sayang boleh mengembang dan menguncup, boleh melebar dan menipis dan boleh ada dan boleh tiada sama sekali. Setiap hari anak-anak ini membesar dengan melihat muka orang yang bersama-samanya hampir setiap masa termasuk gelombong badannya, menghidu aroma yang terbit daripada keringat pengasuhnya sehingga mencetuskan hubungan rapat, membajai perkembangan hati dan minda. Tangan-tangan yang membesarkan seseorang akan menjadi tangan-tangan suci untuk menerima penghormatan tertinggi daripada mereka yang menerima penjagaan. 

Apabila tiada penguasaan ibu bapa kepada anak secara hati dan minda sudah tentu fizikalnya jauh sekali. Apabila meningkat dewasa dan boleh mula berfikir - mula pemberontakan berlaku....

Tidak mengapa...
Mulakan mulai hari ini untuk bersama-sama anak-anak,
Luangkan masa untuk berbual mesra, makan bersama-sama dan menjalani aktiviti lain,
bawa mereka untuk solat berjamaah, dampingi mereka, 
pastikan diri ini boleh menjadi sumber rujukan apabila mereka memerlukan bimbingan
Be prepared untuk menjadi kawan yang baik, penasihat yang cemerlang,
perlihatkan keterbukaan, kuasai ilmu psikologi pendidikan untuk terapkan nilai-nilai yang baik dan tinggi
terutama dalam bentuk contoh teladan..

Action talk more louder than word



Sunday, January 16, 2011

Multaqa NGO

Program tersebut di atas akan diadakan pada 29 Jan 2011 bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. Program anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan akan mengumpulkan kesemua NGO Dakwah yang bergiat dalam kegiatan dakwah di Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi terus:- 

06-7652417
Jabatan Mufti Kerajaan NS
Monday, January 10, 2011
Sunday, January 9, 2011

MAKMAL HUFFAZ

Impikan anak-anak yang mampu menghafaz Al Quran serta menjadi penawar hidup anda di dunia dan akhirat. Kini impian itu boleh menjadi kenyataan melalui kaedah pembelajaran menghafaz Al Quran secara separuh masa. Sertai kami sebagai pelajar separuh masa di :-

MAKMAL HUFFAZ
( Terbuka kepada  pelajar sekolah rendah dan menengah )


Kelayakan

Telah menguasai kemahiran asas membaca Al Quran
Telah Khatam Al Quran sekurang-kurangnya sekali
Lulus Ujian Kemasukan Makmal Huffaz

Kaedah Pembelajaran di Makmal Huffaz

Bilangan pelajar yang kecil ( Maksimum 15 orang )
Kekerapan kelas : Dua kali seminggu dan setiap sesi kelas akan berjalan selama sejam
Ditasmik dan diuji oleh mereka yang berkelayakan dalam bidang Al Quran
Menggunakan alat bantu menghafaz Al Quran yang berteknologi tinggi
Penilaian akan dibuat setiap tiga bulan sekali


Untuk keterangan lanjut dan mengikuti demo pembelajaran di makmal ini, sila hubungi:

Lokasi

Masjid Tok Muar 
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
( Belakang Pejabat Daerah Kuala Pilah, NS )
Tel: 06-4810092 / 012- 972 3848


One Stop Centre YKSNS
Pusat Dakwah Islamiah
Tel: 06-678 1021 / 012632 1519


Anjung Bistari Idaman,
133 Lorong Cengal Utama 1/3
Taman Cengal Utama,
70400 Seremban, NS
Tel: 019-620 2690

Pendaftaran pelajar terbuka sepanjang tahun

Yuran Pengajian

RM 50.00 sebulan Pakej A
RM 70.00 sebulan Pakej B


MAJLIS MERAIKAN SAUDARA MUSLIM

YKSNS akan menganjurkan Majlis Meraikan Saudara Muslim yang menganut agama Islam daripada bulan OKT 2010 hingga 31 Disember 2010.

Majlis Khas untuk meraikan saudara Muslim ini bertujuan untuk membina silaturrahim dan rasa persaudaraan di samping mengambil peluang menguruskan hal ehwal kebajikan mereka.

Pertemuan sebegini akan memberi peluang kepada mereka untuk menjalin persaudaraan dan rasa kekitaan. Majlis tersebut dijangka akan diadakan pada 29 Jan 2011( Jam 8.00 malam ) bertempat di  Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan. 


ONE STOP CENTRE YKSNS
Hubungi: Hajah Norizan binti Haji Zakaria
Tel: 06-678 1021

Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan








Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus 

Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-63, kami warga YKSNS ingin menjunjung kasih Ke bawah DYMM Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir  dan mendoakan keberkatan berpanjangan di bawah pemerintahan baginda yang penuh dengan kesaksamaan dan mesra rakyat.

Born on Jan 14 1948, Tuanku Muhriz received his early education at Sekolah Menengah King George V, Seremban and continued at the Aldenhem School in Britain.
Tuanku Muhriz obtained his LLB from the University College of Wales, Aberystwyth.
Tuanku Muhriz,is the only son out of six siblings of the late Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman with his consort Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.
Tuanku Muhriz is married to Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud of Terengganu and they have three children: Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al’Abidin Muhriz, 26, and Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.
Friday, January 7, 2011

Pelajar Cemerlang

YKSNS komited untuk mendapatkan, mengumpulkan dan membuat saringan bagi membantu melakukan lonjakan pencapaian akademik anak-anak saudara Muslim di Negeri Sembilan. 

Kita telahpun mengenal pasti untuk beberapa pelajar sekolah rendah dan menengah yang mempunyai prestasi pencapaian akademik yang baik tetapi berasal daripada keluarga yang berpendapatan sederhana. Sebagai usaha untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus perkembangan pelajaran, YKSNS komited untuk memastikan mereka memperolehi peluang pelajaran dengan menyediakan dan menyalurkan dermasiswa yang disediakan oleh MAINS. Selain daripada itu, usaha-usaha dibuat supaya anak-anak saudara baru ini diberikan tempat untuk menyambung pelajaran di sekolah-sekolah agama bagi menyediakan mereka dengan kelulusan agama yang baik terutama sebagai penyambung kerja-kerja agama di Negeri Sembilan terutama mengikut etnik dan bahasa masing-masing. Pada waktu ini, kita tidak mempunyai tenaga mahir dan berkepakaran dalam pelbagai bahasa terutama dalam bahasa Tamil dan Cina. Kita perlu menyediakan mereka untuk diketengahkan sebagai produk dakwah bagi mendekati masyarakat majmuk di negara kita. 

Salah satu percubaan YKSNS ialah usaha untuk membawa salah seorang anak saudara baru ke Sekolah Agama di Negeri Sembilan pada tahun 2008. Akhirnya pelajar ini dalam tempoh 1 tahun sahaja memeluk agama Islam telah memperoleh A dalam mata pelajaran agama Islam dan 9A sebagai keputusan penuh dalam SPM. Saudara Muslim ini kini telah melanjutkan pelajaran ke luar negeri dalam bidang perubatan di Mesir atas tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Projek perintis ini telah membuktikan bahawa dengan mewujudkan peluang dan persekitaran kondusif, kita dapat melahirkan insan yang berkualiti dan dapat merancang guna tenaga dalam bidang dakwah. Tentulah usaha ini merupakan usaha semua pihak yang mencintai agama Islam. 

Pada tahun ini, kita ingin mensasarkan 5 orang anak saudara muslim dipilih dan diberikan bantuan dan sokongan bagi melonjakkan prestasi pelajaran mereka. 

Usahawan Muslim

YKSNS komited untuk melahirkan 2 orang Usahawan Cemerlang di kalangan saudara Muslim pada tahun 2011. Mereka yang bakal menyertai program ini adalah di kalangan mereka yang sudah pun mempunyai perniagaan terutama dalam sektor pembuatan makanan.

ONE STOP CENTRE YKSNS yang beroperasi di Pusat Dakwah telah mengenal pasti beberapa usahawan yang agak berjaya dalam perniagaan makanan terutama dalam sektor pembuatan makanan seperti roti dan kek. 

Dalam program ini, YKSNS berhasrat untuk membantu saudara muslim ini terutama dalam bidang pembungkusan dan pemasaran supaya standard pengeluaran sesuai untuk bersaing di pasaran terbuka. Pada waktu ini, YKSNS memberi penumpuan khusus untuk membantu usahawan seperti ini supaya menjadi contoh kepada saudara muslim lain. 

YKSNS juga akan berusaha untuk mengumpulkan maklumat dan menyediakan sebuah direktori senarai pengusaha industri secara kecil-kecilan di kalangan saudara muslim. 


YKSNS mendapati perlunya produk keluaran mereka ini dinaiktarafkan dengan  branding dan presentation yang sesuai untuk berada di pasaran. Usaha seperti ini tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak dan kita sudah pun mempunyai pelbagai agensi kerajaan yang boleh membantu secara khidmat nasihat. 

Perkaderan Dakwah

YKSNS komited untuk melahirkan sekurang-kurangnya 5 orang saudara muslim sebagai pendakwah di Negeri Sembilan pada tahun 2011. Adalah disasarkan supaya kelima-lima saudara muslim ini diberikan latihan perkaderan dakwah dengan tujuan untuk menjadikan mereka duta dakwah di kalangan masyarakat bakal Islam di Negeri Sembilan. 

Mereka perlu dipulihkan imej dan status sosial dalam kehidupan harian. Lebih daripada itu usaha pembentukan akhlak dan tingkah laku contoh menjadi aspirasi program ini.

Mereka akan diberikan latihan, kemudahan pembelajaran, dilibatkan sebagai fasilitator, sukarelawan dalam semua program YKSNS dengan tujuan menjadikan mereka pelapis dan penerus wawasan dakwah YKSNS. 

Adalah diharapkan dengan latihan yang diberikan, saudara muslim ini dapat menguasai ilmu agama, boleh memberi syarahan ataupun ceramah terutama perkongsian kisah keIslaman diri, mempunyai imej diri dan mempertingkatkan self esteem. 

Followers